Seorang gadis berusia 13 tahun ditemui selamat di Stesen Kereta Api Tanah Melayu (KTM) Arau, Perlis selepas dilaporkan hilang dari rumah keluarganya di Bukit Kayu Hitam sejak Khamis lalu.

Memetik Berita Harian, Dhania Maisara dijumpai selamat kira-kira jam 7.30 malam tadi.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Baca Juga:

Bapanya, Muhammad Suhairi Ghazali, 45, berkata penduduk kampung menemui dan terus menahan anak gadisnya bersama seorang rakan perempuannya semasa mereka turun dari kereta api di stesen tersebut.

“Setiba di Stesen KTM Arau, saya mendapati anak berada dalam keadaan selamat sebelum membawa mereka ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau untuk membuat laporan penemuan itu,” katanya ketika dihubungi.

Bagaimanapun, Dhania masih belum membuka mulut untuk menceritakan apa yang berlaku sepanjang dia hilang dalam tempoh 5 hari lalu.

Difahamkan menerusi aplikasi Find My iPhone, Dhania dikesan berada di Johor Bharu, Johor, pada awal pagi tadi sebelum akhirnya ditemui di KTM Arau.

Memetik Berita Harian lagi, gadis itu dipercayai keluar makan bersama rakan yang baru saja dikenali kira-kira sebulan. Rakan itu dikenali sebagai Intan, baru berusia 16 tahun.

“Pada hari kejadian, saya ada menerima pesanan WhatsApp daripada seorang individu mendakwa dirinya sebagai ibu kepada Intan yang memberitahu membawa Dhania keluar makan bersama.

“Bagaimanapun, selepas disiasat melalui pesanan WhatsApp itu, ia didapati sebenarnya dihantar sendiri oleh Intan,” katanya.

Sumber