Keluarga Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, yang maut akibat dilanggar lari sebuah kereta berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati, Meru di Ipoh semalam layak menerima pampasan takaful berjumlah RM7,000.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri, Khairudin Abu Hanipah, ini kerana setiap pelajar sekolah di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) dilindungi Skim Perlindungan Murid iaitu Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia (TPSM).

Baca Juga:

Keluarga Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, yang maut akibat dilanggar lari sebuah kereta berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati, Meru di Ipoh semalam layak menerima pampasan takaful berjumlah RM7,000.

“Saya mewakili Kerajaan Perak menzahirkan rasa simpati dan salam takziah kepada keluarga mangsa dan saya percaya tindakan khusus sedang dilakukan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak.

“Pihak JPN akan menyusun dan memastikan arwah mendapat pampasan sepatutnya membabitkan manfaat perlindungan TPSM kematian akibat kemalangan berjumlah RM5,500 serta Khairat Kematian Takaful Murid sebanyak RM1,500,” katanya ketika ditemui media pada Majlis Berkhatan Beramai-Ramai Madani Parit di Dewan Terbuka Ngah Sagor, hari ini.

Mengulas lanjut, Khairudin berkata, insiden itu adalah suatu yang mengejutkan lebih-lebih lagi mangsa, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie adalah calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dijadual pada Januari depan.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari semalam, Muhammad Zaharif Affendi meninggal dunia di tempat kejadian selepas dipercayai diseret kereta yang melanggarnya sejauh lebih lima meter.

Suspek pula sudah pun ditangkap oleh pihak polis untuk disiasat dengan lebih lanjut. Sementara Ketua Polis Negara turut memberi jaminan bahawa siasatan yang membabitkan anggota polis itu bakal dilaksana dengan telus dan adil.

Sumber