Aksi England dan Argentina memang antara aksi tumpuan seluruh dunia, terutama sekali melibatkan penyokong kedua dua negara.
Piala Dunia bukan lagi sekadar tentang bola sepak, tetapi juga menjadi pengalaman sekali seumur hidup yang sanggup dibayar dengan harga mahal oleh peminat.
Satu keluarga dari Amerika Syarikat menjadi perhatian selepas mendedahkan mereka membayar kira-kira AS$13,000 (sekitar RM55,000) hanya untuk mendapatkan tiket menyaksikan aksi Piala Dunia di antara England vs Argentina.
Ketika ditemu bual, bapa keluarga itu memberitahu mereka membeli tiket untuk tiga orang dewasa dan seorang kanak-kanak bernama Oliver.
Apa yang mengejutkan, Oliver yang masih kecil turut membayar harga tiket yang hampir sama seperti orang dewasa iaitu sekitar AS$4,000 (lebih RM17,000).
Ini kerana Oliver mencecah ketinggian 33 inci atau 84 sentimeter.
“Dia bayar harga yang sama seperti kami,” kata bapanya.
Harga tiket itu membuatkan wartawan yang menemubual mereka terkejut sebelum menyindir Presiden FIFA, Gianni Infantino.
“AS$4,000 untuk seorang kanak-kanak? Infantino, malulah kamu,” katanya.
Namun keluarga itu menganggap ia sebagai pelaburan untuk kenangan yang tidak akan dilupakan. Kerana ianya aksi separuh akhir antara England dan Argentina.
Menurut mereka, walaupun jumlah tersebut sangat tinggi, faktor Piala Dunia diadakan berhampiran kediaman mereka membuatkan keputusan itu lebih mudah kerana mereka tidak perlu menanggung kos penerbangan atau perjalanan jauh.
Pasangan tersebut merupakan pasangan expat dari England yang bermastautin di AS.
“Kami fikir ini peluang sekali seumur hidup. Kita tak tahu bila perkara seperti ini akan berlaku lagi,” ujar mereka.
This is insane. Just met an American family (English expat) who had to pay 4 GRAND for a ticket for TWO year old son because he’s over 33 inches tall. 13 GRAND for three tickets v Argentina. Disgrace re child, FIFA. pic.twitter.com/cFfnEeYQim
— Chris Skudder (@chris_skudder) July 15, 2026
Wartawan mengucapkan selamat maju jaya untuk mereka terutama sekali Oliver.
Sayang sekali di atas padang England tewas 1-2 di tangan Argentina walaupun mendahului 1-0 sepanjang 84 minit permainan.