Seperti ramai sedia maklum, hari demi hari dunia semakin tenat dengan penggunaan bahan-bahan yang tidak dapat dikitar semula yang sekaligus membebankan alam sekitar.

Pengurusan sumber alam semula jadi yang tidak terancang seperti pembalakan tidak terkawal, penerokaan tanah secara berleluasa, pelepasan gas karbon dioksida ke atmosfera, pembuangan sisa pepejal dan sebagainya menyebabkan pencemaran.

Dalam usaha untuk memastikan isu ini tidak berlarutan sehingga generasi-generasi akan datang, teknologi hijau diperkenalkan dalam melestarikan alam serta memastikan keadaan bumi lebih bersih daripada pencemaran.

Pekerjaan melibatkan teknologi hijau menjadi buruan syarikat pelabur

Sumber: Boston Consulting Group

Isu yang berlaku turut membuka kepada lebih banyak peluang pekerjaan bagi memacu teknologi hijau serta bagi melestarikan alam.

Menerusi laporan yang dikeluarkan, industri atau aktiviti hijau mampu meningkatkan KDNK global dengan anggaran $10.3 trilion (RM48.8 trilion) menjelang 2050 serta mewujudkan 24 juta pekerjaan baharu di seluruh dunia menjelang 2030.

Apa itu pekerjaan dalam sektor teknologi hijau?

Sumber: Career pathway

Kemahiran hijau merangkumi kepakaran dan pengetahuan mengenai teknologi bersih, pengurusan sumber dan amalan lestari.

Pekerjaan yang dapat dihasilkan dengan kemahiran hijau termasuk pelbagai profesion yang bertujuan untuk mempromosikan kelestarian alam sekitar serta menangani perubahan iklim yang terdapat dalam pelbagai sektor terdiri daripada pembuatan, pembinaan, dan tenaga boleh diperbaharui.

Menawarkan peluang pekerjaan dengan pendapatan yang kompetitif

Menariknya buat para graduan atau para profesional yang mahu menceburi dalam bidang Kemahiran serta Ekonomi Hijau, terdapat pelbagai syarikat yang memfokuskan kepada teknologi hijau sedia menawarkan pekerjaan dengan pendapatan yang kompetitif bergantung kepada industri, profesion dan kemahiran.

Berdasarkan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO), terdapat 185 bidang pekerjaan memerlukan kemahiran hijau dengan menawarkan pendapatan yang kompetitif bagi mencerminkan kepentingan penjagaan alam sekitar yang semakin meningkat.

Peluang untuk meningkatkan kemahiran diri

Tidak hanya menawarkan pendapatan yang kompetitif, syarikat dalam teknologi hijau sering kali menawarkan kursus dan program latihan yang bersesuaian dengan kemahiran hijau.

Hal ini sekaligus membuka peluang kepada para pekerja untuk meningkatkan kemahiran menerusi bengkel atau kursus yang dijalankan berkaitan sesuatu bidang.

Selain itu, permintaan untuk kemahiran hijau dijangkakan semakin meningkat dalam tempoh jangka masa pendek dan sederhana.

Inisiatif TalentCorp Malaysia bersama KESUMA

Sejajar dengan penganjuran ASEAN Green Jobs Forum 2024, TalentCorp dengan kerjasama United Nations Development Programme (UNDP) akan mengadakan KESUMA Green Skills Fair 2024.

KESUMA Green Skills Fair 2024 ini selaras dengan misi KESUMA iaitu memupuk kemahiran hijau dalam membina ekonomi yang inklusif dan mampan.

Sebagai perkongsian, TalentCorp merupakan agensi kebangsaan yang memacu strategi bakat Malaysia ke arah menjadi hab bakat yang dinamik.

Inisiatif TalentCorp disesuaikan untuk profesional, pelajar, majikan, dan rakan kongsi industri dan akademik. Ketahui cara kerja kami boleh memberi manfaat kepada anda.

KESUMA Green Skills Fair 2024

Buat para graduan, golongan profesional atau anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kemahiran hijau dijemput hadir ke KESUMA Green Skills Fair 2024 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Bertempat di aras G dan 3, Avenue K Shopping Mall, Kuala Lumpur, acara ini bakal berlangsung selama 3 hari bermula daripada 25 hingga 27 April 2024 pada jam 10 pagi sehingga jam 5 petang.

Apa tunggu lagi? Buat anda yang merupakan para graduan atau merupakan kenalan yang sedang mencari peluang dalam bidang yang masih fresh ini, mungkin pameran ini bakal menjadi platform anda untuk mengembangkan bakat dan kemahiran anda dalam Kemahiran Hijau!