Kementerian Kewangan atau MOF memohon maaf di atas kesulitan dihadapi rakyat pada hari ini berikutan sistem pengurusan SARA yang tergendala.

Ramai rakyat mengeluh tidak dapat menggunakan wang bantuan SARA RM100 untuk setiap warganegara berusia 18 tahun dan ke atas. Di mana ramai yang terpaksa menggunakan wang tunai sendiri untuk membayar barang keperluan.

Ada yang terpaksa memulangkan semula barangan kepada kedai runcit setelah dimaklumkan sistem tergendala.

Di beberapa tempat, penerima bantuan SARA terpaksa beratur panjang dan akhirnya hampa kerana dimaklumkan sistem tergendala.

Menurut MOF, sistem terminal MyKasih berdepan dengan masalah tergendala kerana transaksi yang terlampau banyak pada hari pertama penebusan SARA.

Dipetik daripada laporan Harian Metro, MOF berkata kepada Buletin TV3: “Susulan jumlah transaksi yang sangat tinggi sempena hari pertama penyaluran Penghargaan SARA, sistem terminal MyKasih telah mengalami kelewatan pemprosesan transaksi susulan lonjakan pembelian.

“Pembelian masih boleh dilakukan, namun sebahagian premis runcit mungkin menghadapi kesukaran untuk memproses transaksi akibat permintaan sistem yang terlalu tinggi.”

Menerusi lama Facebook MOF berkata: “Pihak Kementerian Kewangan dan MyKasih memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami para pengguna Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) pada hari ini.

“Susulan jumlah transaksi yang sangat tinggi sempena hari pertama penyaluran Penghargaan SARA, sistem terminal MyKasih telah mengalami kelewatan pemprosesan transaksi susulan lonjakan volum pembelian.

“Pembelian masih boleh dilakukan, namun sebahagian premis runcit mungkin menghadapi kesukaran untuk memproses transaksi akibat permintaan sistem yang terlalu tinggi.”

MOF meminta semua pihak bersabar kerana sistem akan kembali seperti sedia kala dalam masa terdekat. MOF menambah:

“Pasukan teknikal MyKasih kini sedang giat menyelesaikan isu ini. Kami menjangkakan sistem akan kembali beroperasi seperti biasa dalam masa terdekat.

Sebagai tambahan, penerima SARA boleh menggunakan wang tersebut dari 31 Ogos 2025 sehingga 31 Disember 2025.