Selepas sudah lama duduk di rumah, inilah masanya untuk anda melancong bersama keluarga. Tahukah anda bahawa satu kempen istimewa telah dijalankan oleh Agoda buat anda yang sudah lengkap vaksinasi?
Kempen ‘Vaxxed To Go’ menawarkan pelbagai manfaat penginapan dan tawaran eksklusif untuk individu yang telah menerima vaksin. Kempen ini dilancarkan untuk mempromosikan percutian kepada rakyat Malaysia yang telah menerima vaksin dan sedia untuk keluar melancong semula.
Untuk pengetahuan anda, antara faedah tambahan yang ditawarkan adalah membolehkan pelancong yang lengkap vaksin untuk menikmati percutian yang lebih santai dengan kemudahan seperti keutamaan daftar masuk iaitu daftar masuk lebih awal atau daftar keluar lewat.
Bukan itu sahaja, anda juga boleh mendapatkan pelbagai diskaun harga untuk makanan dan minuman serta nikmati tawaran pengalaman unik di dalam hotel seperti pakej spa dan kesejahteraan.
Tawaran istimewa ini boleh ditebus mulai sekarang sehingga Jun 2022 dan anda boleh mendapat jaminan tempahan yang fleksibel melalui pilihan ‘EasyCancel’ Agoda dimana membolehkan anda membatalkan atau menukar tempahan penginapan sehingga 24 jam sebelum daftar masuk.
Lebih istimewa, anda juga boleh mendapatkan promosi istimewa ke taman tema terpilih dan layak untuk menebus satu tiket kanak-kanak jika membuat tempahan tiket taman tema. Promosi ini sah sehingga Mac 2022 dan hanya untuk 3 taman tema ini iaitu ESCAPE Penang, ESCAPE PJ atau KidZania.
Difahamkan, bagi setiap tempahan yang dibuat di bawah kempen ‘Vaxxed To Go’, Agoda akan menyumbangkan RM50 iaitu dengan jumlah maksimum RM125,000 kepada program vaksinasi Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (MRCS) untuk menyantuni masyarakat yang terpinggir di dalam negara.
Sementara itu, kami kongsikan tempat penginapan menarik yang mungkin anda boleh cuba menginap pada pautan di bawah ini.
5 Hotel Terbaik Dengan Kolam Renang Berlatar Belakangkan KLCC
Ini Tip & Trik Tempah Hotel Dengan Harga ‘Murah’ Anda Perlu Tahu