Umum mengetahui isu apabila Shuib dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu penyiasatan berhubung sindiket ‘Macau Scam’ dan judi dalam talian yang disyaki ‘mencuci’ ratusan juta ringgit.

Berikutan itu, beberapa individu telah ditahan termasuk seorang ahli perniagaan wanita yang didakwa merupakan dalang sindiket tersebut. Difahamkan, ahli perniagaan yang dikenali sebagai Datin A itu memiliki 4 cawangan rangkaian francais minuman milik Shuib.

Lantaran itu, perniagaan minuman Bubble Bee yang diusahakan oleh Shuib dan juga diusahakan oleh beberapa selebriti lain menerima tempiasnya apabila ada netizen yang menyeru untuk memboikot perniagaan itu.

https://twitter.com/belleazlan/status/1312977946991194113

Justeru itu, komen tersebut mendapat perhatian Sharnaaz Ahmad yang juga pemilik Bubble Bee cawangan Danau Kota, Setapak. Sharnaaz menegur dan menegaskan bahawa mereka tiada kaitan dengan aktiviti jenayah yang dilakukan oleh datin berkenaan. Tambahnya, mereka hanya mencari rezeki halal.

Apakah pendapat anda mengenai isu ini? Wajarkah mereka yang tidak bersalah turut menerima tempias perbuatan Datin A tersebut?

Sementara itu, buat anda yang terlepas pandang isu ini boleh klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Sering Pamer Kemewahan Di Media Sosial, SPRM Tahan Datuk Seri Disyaki Terlibat ‘Macau Scam’

Pengurus Sahkan Shuib Hadir Ke Ibu Pejabat SPRM Untuk Diambil Keterangan