Keganasan Israel ke atas Palestin terus menjadi buah mulut masyarakat dunia sejak bulan lalu. Apa yang menariknya kali ini, melalui pemerhatian The Vocket, pendedahan mengenai kekejaman Israel telah mendapat reaksi pelbagai – baik dari mereka yang dulunya berpihak kepada Zionis dan sekarang sudah pun ‘bertaubat’ serta dari mereka yang sejak dulu memperjuangkan keadilan untuk Palestin.

Situasi ini boleh dilihat melalui media sosial yang kini menjadi medan tempur untuk kebenaran ditegakkan. Pelbagai kandungan dan video yang menyiarkan kemunafikan Israel. Kandungan ini bukan sahaja datang dari masyarakat Islam, tetapi pelbagai latar individu yang mempunyai tujuan sama untuk menyedarkan umat manusia mengenai penindasan, kemunafikan dan pembohongan yang dijual Israel.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Minggu ini pengguna media sosial mula berkongsi surat yang ditulis oleh Osama Bin Laden bertajuk Letter to America yang diterbitkan pada 21 tahun lalu, atau lebih tepat adalah setahun selepas kejadian 9/11 yang mengorbankan hampir 3 ribu orang akibat serangan pesawat yang meruntuhkan bangunan Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Amerika Syarikat.

Surat ini hadir ditengah-tengah panasnya bahang perang di antara Palestin dan Israel. Ia telah dimuat baik oleh pengguna TikTok yang menemui transkrip surat tersebut yang diterbitkan oleh media British iaitu The Guardian. Mereka kemudiannya mencipta kandungan reaksi selepas membaca surat yang ditulis oleh pemimpin Al Qaeda tersebut. Kandungan itu tular, sehingga memaksa The Guardian memadam pautan asal ke dokumen surat itu.

The Guardian kemudiannya mengeluarkan satu kenyataan balas bahawa dokumen itu tular dalam talian “tanpa konteks yang lengkap”.

Isi surat Bin Laden secara umumnya menjawab kepada persoalan wartawan barat mengenai kenapa mereka menyerang Amerika Syarikat. Bin Laden memberi alasan bahawa “anda menyerang kami dan terus menyerang kami serta kerana anda menyerang Palestin. Selain itu, surat itu juga mendakwa bahawa rakyat Amerika telah menjadi “hamba” orang Yahudi yang didakwanya mengawal ekonomi dan media negara itu sehingga ramai yang tertipu mengenai sejarah yang direka Amerika. Bin Laden juga berkata bahawa pembentukan negara haram Israel adalah salah satu bentuk jenayah, kejahatan dan ketidakadilan yang harus dihapuskan.

Isu-isu yang ditulis oleh Osama Bin Laden ini telah menjadi kandungan oleh mereka yang berpengaruh di media sosial. Mereka kebanyakan menyokong apa yang ditulis oleh Bin Laden bahawa peranan Amerika dalam menyokong pencerobohan dan kekejaman Israel yang sedang berlangsung di Semenanjung Gaza.

Menurut laporan Time, seorang pengguna TikTok seolah sedar atau bangkit dari lamunan selepas beliau menyatakan bahawa apa yang mereka pelajari mengenai Timur Tengah, 9/11 dan keganasan adalah sebuah pembohongan yang diayah secara tidak adil oleh Amerika. Video tersebut telah mendapat perhatian pengguna media sosial sehingga mendapat hampir 1 juta tontonan sebelum ia ditarik keluar oleh TikTok dengan alasan bahawa ia melanggar bentuk peraturan dan menyokong keganasan.

TikTok mengeluarkan kenyataan ini dengan memetik ciapan yang memuatkan himpunan reaksi netizen selepas membaca surat Osama bin Laden. “Kami secara proaktif dan agresif mengalih keluar kandungan ini dan menyiasat bagaimana ia masuk ke platform kami,” kata TikTok melalui akaun rasmi X (dahulunya Twitter).

Berdasarkan laporan CNN, video yang memaparkan surat bin Laden itu dikongsi menggunakan hashtag #lettertoamerica. Video reaksi pengguna mengenai surat tersebut telah ditonton lebih 14 juta sejak Khamis. Bagaimanapun, kandungan yang menggunakan hashtag ini tidak lagi boleh dicari di TikTok dan hasil carian untuk hashtag tersebut tidak lagi dapat ditemui kerana ia melanggar peraturan platform.

Surat Bin Laden ini seolah-olah membuka mata masyarakat dunia bahawa kekejaman dan ketidakadilan yang berlaku ke atas Palestin adalah diayah jahat negara-negara barat dalam cubaan untuk memadam sejarah. Kekejaman ini juga adalah cerminan bahawa apa yang terjadi ke atas Palestin lebih teruk dan kejam dari kisah-kisah holocoust yang dijaja yahudi.