Pada Jumaat lalu, orang ramai berlumba-lumba mahu jadi antara 5 yang terpantas yang membeli Rendang Nyet keluaran Khairul Aming kerana mahu memenangi giveaway percutian ke New Zealand.
Namun, sebahagian peminatnya mula mempersoalkan tindakan KA yang mengumumkan pemenangn sebaik selepas sesi jualan tamat di platform TikTok.
Difahamkan terdapat individu yang sengaja membatalkan pembelian kerana hasrat tidak tercapai memenangi hadiah percutian berkenaan. Ramai percaya KA sepatutnya mengumumkan senarai pemenang selepas seminggu jualan jadi tidak berlaku perkara sedemikian.
“Ada yang tanya kenapa tak tunggu seminggu baru announce pemenang, baru lah orang tak cancel order sebab dah tahu pemenang NZ….
“First of all saya taknak aniaya masa orang. Kalau senarai pemenang dah ada kat tangan, saya kena announce terus untuk hormat masa orang yang datang support saya.
“Lagi satu kalau saya announce seminggu lambat, orang akan cakap pemenang tu mungkin pakai cable. Jadi akan ada keraguan di situ. Kalau KA tak umum terus, dan awak tunggu parcel sampai baru KA announce, itu dah jadi macam lucky draw. KA bukan buat cabutan bertuah, KA buat 5 terpantas.
“Jadi tak boleh kita announce lambat sedangkan nama pemenang dah ada dalam system kita.Tapi ramai ke yang cancel order? sebenarnya tak, sikit sahaja.
“And benda ni normal sebenarnya setiap kali launching. Semua sellers hadap benda sama. Faktanya, ramai yang dah dapat dah parcel dari semalam. Team KA tingatkan efisiensi dalam 3 hari kita dah settle semua penghantaran. Alhamdulillah banyak sangat review positive kita dapat untuk rendang ni.
“Kalau ada yang cancel order sebab tak menang giveaway, KA ok je dia buat macam tu. Sebab maybe dia nak guna duit tu untuk benda lain yang lagi penting. Gievaway ni KA buat sebagai hadiah untuk followers KA.
“Kalau sebab nak sold out laju, KA akan suruh bayar guna e-wallet atau credit card lagi lah laju. Tapi KA suruh guna online banking sebab nak verify yang pemenang tu adalah dari anda sema yang menyokong KA, bukannya dari scalpers atau scammers.
“Dan macam KA cakap sebelum ni, betulkan niat nak membeli. Tapi kalau ada yang nak cancel sebab perlukan duit tu, takpe boleh je cancel. Mereka tak rugi, KA pun tak rugi sebab stock tu boleh dijual balik. And now ramai yang tanya bila nak restock.
“KA harap explanation ni jelas untuk sema. KA bukan nak berniaga untuk launching sahaja. Saya nak berniaga lama, dan saya sangat pentingkan keberkatan berniaga, satisfaction customers dan juga kualiti product yang kita keluarkan. Semoga perniagaan dan jual beli kita semua diberkati aminnn,” kongsinya di dalam hantaran sebentar tadi di akaun rasmi Threads.