Hari pertama Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia 2025 menyaksikan empat wakil negara beraksi dan satu pasangan pula menang secara percuma.

Daripada empat yang turun beraksi, tiga daripadanya melangkah ke pusingan 16 sekali gus empat wakil negara berjaya meneruskan kemaraan mereka.

Baca Juga:

Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien menjadi wakil pertama yang turun dalam acara beregu campuran.

Namun perjalanan mereka dihentikan oleh pasangan tuan rumah, Jafar Hidayatullah-Felisha Alberta Nathaniel Pasaribu dengan kemenangan 21-11, 21-16.

Terbuka Indonesia 2025
KUALA LUMPUR 23 MEI 2025: Pemain beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei (kiri) – Nur Izzuddin ketika bertemu pemain rakan senegara, Man Wei Chong – Kai Wun Tee pada peringkat suku akhir kejohanan Malaysia Masters 2025 di Axiata Arena Bukit Jalil. NSTP/ASWADI ALIAS

Man Wei Chong-Tee Kai Wun tidak berdepan masalah untuk menundukkan pasangan dari Amerika Syarikat, Chen Zhi Yi-Presley Smith 21-6, 21-11.

Kemaraan mereka turut diikuti Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong yang menundukkan Xie Hao Nan-Zeng Wei Han dengan kemenangan ‘straight set’ 21-17, 21-12.

Pasangan beregu nombor satu dunia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin bangkit daripada kekalahan set pertama untuk menewaskan gandingan kembar, Lee Fang-Chih-Lee Fang Jen dari Chinese Taipei 17-21, 21-17, 21-14.

Sementara itu, Wan Arif Junaidi-Yap Roy King pula tidak perlu bersusah payah mengerah tenaga selepas pasangan Perancis, Eloi Adam-Leo Rossi menarik diri.

Pusingan Pertama Terbuka Indonesia 2025

Beregu LelakiĀ 

1) Man Wei Chong-Tee Kai Wun kalahkan Chen Zhi Yi-Presley Smith (Amerika Syarikat) 21-6, 21-11

2) Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong kalahkan Xie Hao Nan-Zeng Wei Han (China) 21-17, 21-12

3) Wan Arif Junaidi-Yap Roy King menang percuma ke atas Eloi Adam-Leo Rossi (Perancis)

4) Goh Sze Fei-Nur Izzuddin kalahkan Lee Fang-Chih-Lee Fang Jen (Chinese Taipei) 17-21, 21-17, 21-14.

Beregu CampuranĀ 

5) Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien kalah kepada Jafar Hidayatullah-Felisha Alberta Nathaniel Pasaribu (Indonesia) 21-11, 21-16