Setelah sekian lama dinantikan dalam menjawab persoalan berkaitan nahas pesawat di Elmina, kini pihak Kementerian Pengangkutan MOT sedia berkongsi laporan penuh di laman rasmi pada pagi ini.

Tiada bukti ketidakupayaan atau faktor fisiologi yang menjejaskan prestasi kru penerbangan merupakan antara penemuan laporan awal nahas pesawat ringan jenis Beechcraft Premier 1 di Elmina pada bulan lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi laporan sama, pihak MOT mengatakan kemalangan itu tidak dapat diselamatkan kerana magnitud daya nyahpecutan atau deceleration force dan kebakaran selepas kemalangan berlaku.

Menurut laporan itu, pesawat berkenaan mempunyai Sijil Kelayakan Udara yang sah dan telah dikekalkan dengan mematuhi peraturan.

Selain itu, insiden berlaku pada waktu siang dengan penglihatan yang jelas dan sesuai seperti yang dilaporkan dalam keadaan meteorologi atau kaji cuaca.

PIC (person in command) telah dilesenkan dan layak untuk penerbangan mengikut peraturan sedia ada,” kata laporan itu.

Malah, laporan yang mengandungi 60 muka surat ini juga mendedahkan kedua-dua enjin tidak mempunyai bukti pembebasan bilah seperti kemek, tebuk dan bulu burung pada mana-mana komponen enjin.

Pada 17 Ogos lalu, negara dikejutkan dengan insiden pesawat ringan jenis Beechcraft Premier 1 yang terhempas di Elmina, Selangor dan mengorbankan 10 individu termasuk pemandu kereta dan penunggang motosikal.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai, Datuk Seri Johari Harun antara individu disahkan maut di samping dua juruterbang dan enam penumpang dalam kejadian itu yang berlaku pada pukul 2.48 petang.

Pesawat itu dilaporkan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada 2.08 petang menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang sebelum terhempas di Elmina Central Park, Seksyen U16, Shah Alam.