Keputusan undian kumpulan bagi kejohanan BWF World Tour Finals 2024 memperlihatkan wakil negara dalam sektor beregu wanita berada dalam kumpulan yang boleh dianggap cukup sukar.

Kejohanan yang bakal bermula 11 September di Hangzhou, China itu menyaksikan Pearly Tan-M. Thinaah telah diundi bersama-sama pasangan ranking nombor satu dunia, Liu Sheng Shu-Tan Ning dari China, Nami Matsuyama-Chiharu Shida (Jepun) dan Tress Jolly-Gayatri Gopichand Pullela.

Baca Juga:

Cabaran lebih berbeza di atas kertas bakal dihadapi lima lagi wakil negara dimana dalam kategori perseorangan lelaki, Lee Zii Jia pula berada dalam kumpulan A bersama Anders Antonsen , Chou Tien Chen dan Li Shi Feng.

Dalam acara beregu lelaki, gandingan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani pula telah diundi dalam kumpulan A bersama Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen (Denmark), Lee Yang-Wang Chi-Lin (Chinese Taipei) dan Lee Jhe-Huei-Yang Po-Hsuan (Chinese Taipei).

Manakala Aaron Chia-Soh Wooi Yik pula dalam kumpulan B bersama-sama He Ji Ting-Ren Xiang Yu, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dan Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani dari Indonesia.

Sementara itu, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dan Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie berada satu kumpulan bersama-sama Dejan Ferdinansyah/Gloria Emanuelle Widjaja serta Hiroki Midorikawa-Natsu Saito.

Selain menjadi saingan terakhir bagi tahun 2024, World Tour Finals merupakan kejohanan dengan format berbeza berbanding yang dapat kita saksikan seperti kebiasaan dan tidak semua pemain dapat merasai pengalaman ini.

Ia menjadikan saingan tersebut sebagai antara kejohanan istimewa kerana daripada lapan yang layak, mereka akan diundi kepada dua kumpulan.

Perlu beraksi dalam tiga perlawanan peringkat kumpulan, pemain atau pasangan yang menghuni dua tangga teratas akan mara ke aksi separuh akhir.

Berikut merupakan undian penuh saingan BWF World Tour Finals 2024:

BWF World Tour
Kredit Foto: BWF
Keputusan Undian BWF World Tour Finals 2024
Kredit Foto: BWF
Keputusan Undian BWF World Tour Finals 2024
Kredit Foto: BWF
Keputusan Undian BWF World Tour Finals 2024
Kredit Foto: BWF
Keputusan Undian BWF World Tour Finals 2024
Kredit Foto: BWF