Pemain B-23 Indonesia, Jens Raven akui khilaf dalam melakukan keraian aura farming atau pacu jalur yang tengah viral.

Bukan isu tidak boleh meraikan gol. Namun ketua jurulatih B-23 Indonesia berpendapat apabila lawan sudah jauh ketinggalan atau dalam kedudukan 8-0, adalah sesuatu yang biadap untuk meraikan gol secara berlebihan.

Indonesia membelasah Brunei 8-0 pada aksi peringkat kumpulan A. Lebih mengujakan Raven menjaringkan double hatrik atau enam gol dalam perlawanan tersebut.

Jurulatih Indonesia B-23, Gerald Vanenburg ternyata tidak mahu pemain pemain mudanya tidak menghormati lawan yang sudah tidak berdaya.

Gubenur Riau Pun Percaya Hoax Internet Bahawa Netizen Malaysia ‘Claim’ Pacu Jalur

Julatihnya malah mengancam untuk tidak akan menurunkannya lagi jika dia melakukan keraian seperti aura farming pada situasi yang dianggap tidak sesuai.

Gerald Vanenburg berkata: “Jika sekali lagi dia melakukan keraian seperti itu, dia tidak akan bermain lagi.”

Jens Raven menegaskan bahawa dia faham akan amaran tersebut. Namun dia meraikan gol gaya pacu jalur itu kerana berjanji dengan seseorang akan melakukannya jika menjaringkan gol.

“Saya dah berjanji dengan seseorang sebelum perlawanan untuk melakukan tarian yang sedang viral itu,” tegas Raven.

“Dan ianya cuma sekali itu sahaja. Kerana saya tidak akan mengulanginya lagi,” tambah pemain itu.

Prestasi memukau Jens Raven benar benar menggila dalam perlawanan ini. Namun Erick Thohir berharap pemain itu tidak cepat berpuas hati dengan prestasinya. Kerana masih ada banyak ruang untuk diperbaiki lagi.