Kerajaan Negeri Johor sudah memberikan arahan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri ini membatalkan serta menyenaraihitam lesen perniagaan yang sewakan kepada warga asing.

Sejak akhir akhir ini, semakin ramai warga asing yang berniaga di Johor. Dan ianya dianggap perkembangan kurang sihat kepada peniaga tempatan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Misalnya warga asing boleh menjual barang dengan harga lebih rendah kerana mereka tidak menanggung kos yang tinggi berbanding peniaga tempatan.

Jadi tindakan peniaga yang sewakan lesen mereka kepada warga asing ini dianggap mewujudkan persaingan tidak sihat.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor menyarankan agar semua PBT mewujudkan jawatankuasa khas bagi menangani isu berkenaan.

Di mana terdapat 16 PBT di Johor sudah mulai menyita dan merampas perniagaan terutama sekali gerai penjaja yang diusahakan warga asing.

Ini kerana menurutnya, Kerajaan Johor tak pernah sama sekali mengeluarkan lesen perniagaan kepada warga asing.

Jafni berharap PBT turun padang untuk memeriksa lesen lesen perniagaan yang telah mereka keluarkan kepada peniaga.

Dipetik dari sumber Buletin TV3, Datuk Mohd Jafni berkata:

“Jika (lesen perniagaan) disewakan pemilik kepada warga asing atau Ali Baba, maka kita boleh batalkan lesen dan senarai hitam terus, jangan ingat kebal.”

“Kerajaan Johor tidak pernah keluarkan lesen perniagaan termasuk penjaja kecil kepada warga asing. Mereka diharamkan berniaga.”

Jafni turut mengesahkan bahawa Kerajaan Negeri Johor sudah membangkitkan isu perniagaan yang diuruskan oleh warga asing dengan menggunakan lesen orang tempatan, hasil daripada perkahwinan.

Perkara itu sudah dibangkitkan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, baru-baru ini.

Ini untuk memastikan agar ada prosedur dan kawalan tertentu dirangka oleh kementerian, untuk memastikan lesen perniagaan tidak disalahguna warga asing untuk berniaga di negara ini.