Kerajaan memutuskan untuk tidak melaksanakan Cukai Barang Bernilai Tinggi (HVGT) seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut PMX, keputusan itu dibuat memandangkan semakan cukai jualan dan perkhidmatan yang diperluaskan kepada antara 5 hingga 10 peratus telah mengambil kira barangan mewah.
Baca Juga:
- Diplomasi PMX Dan Malaysia Dipuji Media Antarabangsa

- ‘Hanya Layak Dapat C-‘ – Lelaki Ini Dedah Kualiti Surat Rasmi Presiden Trump Kepada PMX

- Ekonomi Malaysia Berkembang 4% hingga 4.8% Pada 2025

“Kerajaan telah memutuskan untuk tidak meneruskan pelaksanaan cukai bernilai tinggi atau High Value Goods Tax.

Keputusan Tidak Teruskan Cukai Barang Bernilai Tinggi
“Akan tetapi prinsip bagi pengenaan HVGT tersebut telah diterapkan dalam kajian semula cukai jualan yang mana barang mewah dan pilihan dikenakan cukai pada kadar 5% atau 10%,” katanya.
Tambah PMX, peluasan SST akan menjana pendapatan RM5 bilion tahun ini, dengan angka itu meningkat dua kali ganda kepada RM10 bilion pada 2026.

Perdana menteri turut menjelaskan hasil yang diperoleh daripada cukai barang bernilai rendah (LVG), yang berkuat kuasa tahun lalu, sudah pun mencatatkan hasil sebanyak RM500 juta pada 2024.
Cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan digital, yang dilaksanakan sejak 2020, mencatatkan pendapatan RM1.6 bilion pada 2024.