Kelab Jerman, Fortuna Düsseldorf membatalkan niat untuk menandatangani pemain Israel selepas menerima desakan dari penyokong mereka.
Sebelum ini, Fortuna sedang dalam perbincangan untuk mendapatkan khidmat Shon Weissman yang merupakan penyerang skuad kebangsaan Israel.
Baca Juga:
- Piala Dunia Kelab 2025: FIFA Turunkan Gambar Pemain Al Ahly Kerana Pakai Gelang Free Palestine

- Bekas Kitman Arsenal Tak Menyesal Sokong Palestine Meskipun Dipecat

- Ultras PSG Melawan Arus, Laung Sokongan Terhadap Palestine

“Kami memantau situasi Shon Weissman secara intensif, tetapi akhirnya memutuskan untuk tidak menandatanganinya,” dipetik dari kenyataan kelab.
Penyokong Fortuna Düsseldorf Laung Bantahan
Akan tetapi, penyokong kelab itu tidak berpuas hati dengan tindakan terbabit dan mereka melaungkan bantahan terhadap pihak kelab.

Ini kerana Shon secara terbuka memberi sokongan terhadap regim zionis yang menyerang penduduk Palestine sehingga menyebabkan jutaan rakyat kehilangan tempat tinggal dan mengalami kebuluran.
Menurut laporan, Weissman menyeru Israel untuk “menghapuskan Gaza dari peta” dan “menjatuhkan 200 tan bom di atasnya”.
Lelaki berusia 29 tahun itu juga menyukai siaran yang mengatakan “tidak ada orang yang tidak bersalah [di Gaza], mereka tidak perlu diberi amaran”.

Weissman telah pun menjadi subjek protes peminat di kelab Sepanyol iaitu Granada, pasukan yang disertainya pada Januari 2023.
Fortuna Düsseldorf beraksi dalam saingan divisyen dua Liga Jerman iaitu 2. Bundesliga.