‘Kenyataan saya telah disalah erti’, menurut Johan Ghazali yang menerima banyak kritikan pada hari ini.
Petarung MMA, Johan Ghazali sebelum ini mencetuskan perdebatan ketika dia memberikan padanngan bahawa muay thai lebih ‘real’ berbanding dengan silat olahraga.
Baca Juga:
- Johan Ghazali Anggap Muay Thai Lebih ‘Real’ Berbanding Silat
- ‘Saya Fight Nak Naikkan Nama Malaysia’ – Johan Ghazali Bangga Wakili Negara Berbanding Negeri
- Sepantas 36 Saat, Johan Ghazali Berjaya Lakukan ‘K.O’ Ke Atas Pihak Lawan Dari Mexico
Dalam satu podcast bersama dengan pempengaruh TikTok, Johan Ghazali diminta memilih antara muay Thai dengan silat.
Johan memberikan jawapan, dia lebih memilih sukan muay Thai. Sambil mengingatkan pandangannya adalah berdasarkan format pertarungan sambil menegaskan silat olahraga agak rumit.
Di mana pesilat dilarang menyerang muka dan sistem kiraan mata yang rumit.
“Tak tahu sebab silat yang aku nampak, bukan aku nak jatuhkan [martabat] sukan mereka, tapi silat olahraga yang aku tengok di orang fight tu macam sejujurnya dia rasa tak real.
“Sebab di orang tak boleh tumbuk muka, and di orang punya port sistem pelik, boleh bantahlah boleh itu inilah. So rasa muay thai lebih real and lebih authentic,” katanya.
Beliau menjelaskan bahawa apa yang beliau katakan adalah pandangan peribadi kerana dia belum pernah berjumpa dengan mana-mana pesilat yang betul-betul hebat.
“So kalau siapa-siapa silat nak challenge nak try, jom lah,” katanya dengan nada berseloroh.
@youusaff Seni bela diri.
Namun selepas itu media sosial meletus. Ada yang menuduh Johan Ghazali merendah rendahkan silat.
Walaubagaimanapun ramai juga meminta yang mengecam agar berlapang dada, keraan menurut mereka Johan bukan mengkritik silat tetapi dia memberikan pandangan tentang silat olahraga yang memang rumit dan kurang menarik berbanding muat Thai.
Johan Ghazali kemudian tampil dengan penjelasan menegaskan sebenarnya kenyataan dia disalah erti kerana video tersebut dipotong sekerat sekerat ketika dimuat naik di tiktok.
Menurut Johan Ghazali, itu yang membuatkan kenyataan dia disalah erti.
Bercakap kepada Mstar Online, Jojo berkata: “Sesiapa yang menonton interview penuh podcast itu akan faham. Bukan saya nak jatuhkan sukan lain. Sudah tentu bagi saya silat ini sukan yang bahaya
“Sudah itu soalan yang ditanya kepada saya. Dan apa yang saya maksudkan adalah silat olahraga. Bukan silat yang original. Saya cakap silat olahraga terlalu banyak undang undangnya.
“Saya ada tengok komen sikit sikit. Saya faham, mungkin ada orang dari sukan silat yang salah faham. Saya tak berniat pun nak jatuhkan silat. Saya cuma sampaikan pandangan berdasarkan pengalaman saya,” tegas petarung berdarah Malaysia-Amerika itu.
Kemudian Johan Ghazali akur dia tidak boleh menghalang orang daripada memberikan pandangan. Dan pada masa yang sama dia kekal mempertahankan pandangannya.