Walaupun miliki fasiliti berkelas pertama, tetapi mentaliti rakyat masih di kelas ketiga menjadi penanda aras yang kita masih jauh untuk menjadi negara maju.
Perkara ini terbukti apabila sebuah video tular di pelbagai media sosial yang memaparkan bagaimana tindakan pemilik kereta berkuasa petrol memenuhi ruang parkir khas untuk kereta elektrik.
Untuk makluman, ruang parkir khas yang dilengkapi tempat pengecasan kereta EV tersebut sepatutnya menjadi kemudahan buat pemilik kereta EV untuk mengecas semula tenaga kereta mereka.
Menerusi video itu, majoriti kereta dari jenama tempatan seperti Saga dan Bezza telah diletakkan pada ruangan parkir khas itu biarpun tiada keperluan untuk pengecasan seperti sesetengah kereta elektrik atau berkuasa hybrid.
Difahamkan kejadian terbabit berlaku di Kuantan. Walaupun ruang parkir biasa kelihatan sudah penuh, bukan bermaksud mereka boleh meletakkan kereta sesuka hati di tempat khas berkenaan.
@a.abxd
Video yang tular itu lantas meraih perhatian netizen dan rata-ratanya mengecam tindakan pemilik kereta yang mementingkan diri sendiri dengan memenuhi ruangan parkir khas untuk kereta EV.
Malah, netizen melabel mereka sebagai mentaliti B40 yang sudah biasa mengambil hak orang lain dan bermain sentimen kaum atau bangaa apabila ditegur.