Trademark kereta Ferrari sepatutnya warna merah, kan ? Peliknya reka bentuk kereta ni. Bumbungnya boleh disorong ke depan dan tak ada pintu pula tu.
Pertama kali diperkenalkan di Geneva Motor Show, Ferrari 512S Modulo dengan enjin V12 dan 550 kuasa kuda ini telah memenangi 22 anugerah autoshow. Semuanya pada tahun 1970.
Boleh tahan juga pencapaiannya.
Lihat sahajalah sterengnya yang unik seperti bahagian atas tong gas di dapur. Mujurlah hiasan dalaman kereta ini masih ada warna identiti Ferrari iaitu merah. Sebenarnya, pada era 1970’an, rekaan kereta banyak dipengaruhi oleh unsur futuristik dan concept car.
Video ini menjadi bukti kereta ini benar-benar wujud dan berfungsi sepenuhnya.
Cuma, anda akan berasa dalam Twilight Zone bila mendengar muzik latar belakang video ini. Chill out.
Sumber : Jalopnik
Like page The Vocket di Facebook