Memiliki sebuah kereta masih menjadi keperluan asas bagi ramai rakyat Malaysia walaupun saban tahun keadaan ekonomi semakin mencabar dan kos sara hidup yang semakin meningkat.
Hakikat yang perlu ditelan dan diharungi dengan penuh lapang dada oleh semua rakyat Malaysia dan dunia khususnya.
Baca Juga:
- UMW Toyota Jalin Kerjasama Strategik, Serah Barisan Kereta Elektrikfikasi Kepada Kementerian Pengangkutan
- Jangan Terkejut Nampak Toyota Corolla Altis JPJ Atas Jalan Nanti, Itu Kereta Apa?
- Northport Jadi Syarikat Pertama Guna Proton e.MAS 7 Sebagai Kereta Polis Bantuan
Kereta merupakan perkara asas amat diperlukan semua keluarga terutamanya mereka yang tinggal di kawasan yang kurang liputan pengangkutan awam.
Bagi golongan berpendapatan rendah khususnya individu bergaji bawah RM3,000 sebulan, cabaran utama ialah mencari kenderaan yang bukan sahaja mampu dimiliki, tetapi juga menjimatkan dari segi penyelenggaraan, penggunaan minyak serta bayaran bulanan.
Menurut senarai yang dikeluarkan sumber WeirdKaya, berikut merupakan beberapa pilihan kereta mampu milik yang sesuai untuk individu atau keluarga kecil dalam kategori ini:

Pilihan Kereta Mampu Milik Sesuai Buat Kelompok Sasaran
1) Perodua Axia 1.0 G AT
Harga: RM33,490
Anggaran Bayaran Bulanan: ~RM423
Kecekapan Minyak: ~22.5 km/L
Kereta dengan gear automatik paling mampu milik di Malaysia yang jimat minyak, mudah dijaga, sesuai untuk pemanduan bandar!
2) Proton Saga 1.3 Standard AT
Harga: RM35,800
Anggaran Bayaran Bulanan: ~RM450
Kecekapan Minyak: ~14–18 km/L
Kereta luas dan selesa dengan ESC (Electronic Stability Control) standard. Amat sesuai untuk keluarga dan perjalanan jauh.
3) Perodua Bezza 1.0 G AT
Harga: RM36,580
Anggaran Bayaran Bulanan: ~RM460
Kecekapan Minyak: ~22 km/L
Mempunyai ruang but besar, jimat kos dan terkenal dalam kalangan pemandu e-hailing. Juga amat sesuai untuk ulang alik harian serta perjalanan jauh.

4) Proton Iriz 1.3 Standard CVT
Harga: RM42,800
Anggaran Bayaran Bulanan: ~RM540
Kecekapan Minyak: ~15–17 km/L
Rekaan sporty, lebih selamat & senyap. Kereta hatchback untuk pemanduan lebih menyeronokkan!
5) Perodua Myvi 1.3 G AT
Harga: RM44,300
Anggaran Bayaran Bulanan: ~RM560
Kecekapan Minyak: ~20.1 km/L
‘Raja Jalan Raya’ yang jimat, boleh diharap & penuh ciri-ciri moden. Nilai hebat untuk penggunaan jangka panjang!
Nota: Ansuran bulanan dianggarkan berdasarkan pinjaman selama 9 tahun, kadar faedah 3%, dan bayaran pendahuluan 10%.