Pada Ahad lalu, kenderaan mewah milik Roy Azman yang dinaiki bersama isteri dan anak bongsunya yang berusia lima tahun dilaporkan terbakar dalam satu kejadian.

Susulan itu, Roy mendedahkan bahawa dia mengalami sedikit trauma sehingga menyebabkannya demam dan dalam pada masa yang sama bersyukur dia bersama keluarga selamat.

Baca Juga:

“Selepas kejadian itu, semalam saya demam sebab adalah trauma sedikit berikutan masih terngiang-ngiang lagi insiden kemalangan yang berlaku. Saya bersyukur sangat sebab kami semua selamat.

“Maksudnya, kalau diikutkan isteri saya susah sedikit nak buka bahagian tempat duduk belakang kereta itu untuk suruh anak masuk atau keluar. Ia agak payah kerana tersekat-sekat.

“Tapi Alhamdulillah, syukur pada Allah sebab permudahkan ketika kejadian itu apabila dengan sekali buka saja, isteri saya terus dapat tarik anak kami keluar dari kereta.

“Kereta itu baru diambil dari bengkel di Ampang selepas siap ‘overhaul’. Kemudian kami keluar makan dengan kawan-kawan di Puncak Alam ketika kejadian.” ujar Roy Azman

Menerusi laporan, Roy mengatakan bahawa sehingga kini dia belum mengetahui punca yang menyebabkan keretanya terbakar dan sedang menunggu laporan daripada pihak bomba sebelum dia bertemu dengan pihak bengkel.