Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mencadangkan supaya pemakaian pelitup muka diwajibkan semula di sekolah bagi mengekang lonjakan kes COVID-19 susulan penularan varian XBB.1.16, atau dikenali sebagai Arcturus.

Memetik laporan menyatakan Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa  akan mengadakan pertemuan segera bersama Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, sebelum sekolah dibuka semula minggu hadapan pada 2 Mei.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Beliau menyatakan sebarang garis panduan dan SOP baharu untuk pelajar akan dikeluarkan sebelum persekolahan dibuka semula sebagai langkah berjaga-jaga.

“Ini penting. Jika mana-mana pelajar dijangkiti selepas sambutan Aidilfitri dan melakukan perjalanan, ia boleh membawa kepada penularan di sekolah,” katanya sambil menambah, Kementerian Pendidikan akan membuat keputusan berhubung cadangan itu.

“Ibu bapa tidak perlu panik apabila melibatkan penyebaran varian baharu ini. Bagaimanapun, kami amat menggalakkan semua pihak termasuk pelajar untuk terus memakai pelitup muka bagi mengekang sebarang jangkitan.

“Sekiranya mereka mengalami simptom (COVID-19), mereka harus memakai pelitup muka dan mengekalkan penjarakan sosial seperti yang diamalkan sebelum ini dan mendapatkan bantuan perubatan,” katanya.

Menteri Kesihatan menyatakan mereka yang dijangkiti subvarian Omicron biasanya mengalami gejala ringan dan berada dalam keadaan stabil.

Setakat 24 April lalu, Malaysia mempunyai 12 pecahan kes COVID-19 Arcturus di Sarawak (6 orang), Selangor (4 orang) dan dua orang di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.