Susulan peningkatan kes COVID-19 sejak kebelakangan ini, orang ramai disarankan memakai pelitup muka dan mengelakkan 3S iaitu berada di kawasan sesak, sempit dan sembang jarak dekat.
Walaupun terdapat peningkatan kes COVID-19 dicatatkan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan keadaan adalah terkawal dan tidak membebankan fasiliti kesihatan sedia ada.
Baca Juga:
- ‘Pandai Urus Duit Baru Boleh Guna’ – Ini Nasihat Penasihat Kewangan Sebelum Anda Mohon Kad Kredit
- Anda Selalu Boros? Ini Tip Berbelanja Khas Untuk Kaki Shopping
- ‘Ibu Lebih Percayakan Scammer’ – Anak Luah Rasa Kesal Duit Lebih RM60,000 Milik Ibunya Lesap
KKM juga mengingatkan orang ramai mengenai kepentingan langkah pencegahan penularan COVID-19 dan jangkitan respiratori yang lain, agar dapat mengurangkan risiko dan penularan jangkitan dalam kalangan komuniti.
Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mengamalkan langkah-langkah pencegahan COVID-19 ini demi kesejahteraan kesihatan awam
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata pihaknya akan terus memantau situasi semasa kes COVID-19 dan mencadangkan agar rakyat sentiasa memakai pelitup muka.
“Berdasarkan kes, terdapat peningkatan dalam tempoh seminggu ini kepada 12,000 kes. Jadi, kita cadangkan agar rakyat amalkan pemakaian pelitup muka kerana musim percutian memang akan ada banyak pergerakan.
“Mereka yang bergejala lindungi diri kerana dengan berbuat demikian dapat lindungi orang lain dan sekirannya bergejala elakkan berada di kawasan 3S,” katanya dipetik dalam bernama.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan dalam kenyataan memaklumkan, sebanyak 12,757 kes COVID-19 dilaporkan sepanjang Minggu Epidemiologi ke-49 (ME 49/2023) bagi tempoh 3 hingga 9 Disember lalu.
Jumlah itu meningkat hampir sekali ganda berbanding 6,796 kes yang direkodkan pada minggu sebelumnya.