Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meminta rakyat Malaysia untuk lebih berhati-hati ketika melakukan aktiviti yang berkaitan dengan air tawar selepas berlakunya kes ‘ameba Naegleria Fowleri‘ atau ‘ameba pemakan otak’ yang meragut seorang nyawa di Korea Selatan.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan KKM, “Naegleri Fowler merupakan ameba termofilik atau dikenali juga sebagai organisma sel tunggal protozoa yang boleh ditemui di seluruh dunia terutamanya di dalam habitat air tawar seperti tasik, kolam, sungai, mata air panas serta juga dalam tanah. Walau bagaimanapun, ia tidak ditemui dalam air masin seperti di lautan.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

“Ameba Naegleri Fowleri tersebut juga dikenali sebagai ‘ameba pemakan otak’ kerana berupaya menyebabkan kerosakan kepada otak melalui jangkitan sistem saraf tunjang. lanya berupaya untuk masuk ke dalam badan manusia melalui hidung semasa aktiviti berkaitan air tawar. Namun, sehingga kini tiada bukti jangkitan boleh merebak melalui wap air
atau titisan aerosol.” katanya.

Difahamkan bahawa Ameba Naegleri Fowler ini boleh menyebabkan jangkitan otak yang teruk sehingga membawa maut. Pada peringkat awal gejalanya adalah sakit kepala, demam, loya, atau muntah. Gejala yang lebih serius seperti kekakuan leher (neck stiffness), kekeliruan (confusion), kurang kesedaran terhadap orang serta sekeliling (lack of attention to people and surrounding), sawan, halusinasi, dan koma juga boleh berlaku.

Bagaimanapun KKM mendapati bahawa tiada laporan yang menunjukkan bahawa penyakit ini berlaku di Malaysia. Walau bagaimanapun, KKM meminta seluruh rakyat Malaysia dinasihatkan agar berhati-hati dan mengambil langkah-langkah sewajarnya sewaktu melakukan aktiviti air tawar.

“KKM akan terus memantau rapi situasi jangkitan Naegleria Fowleri di dalam dan luar negeri dari semasa ke semasa bagi menjamin kesihatan dan kesejahteraan rakyat. Selain itu, KKM juga komited dalam memberikan informasi yang tepat dan responsif sekiranya terdapat perkembangan yang terbaharu tentang penyakit tersebut,” kata KKM.