Kereta orang awam turut terjejas ekoran insiden simbah asid yang dialami oleh pemain sayap Selangor dan skuad kebangsaan, Faisal Halim baru-baru ini.

Menurut laporan, Faisal sedang membawa keluarganya ke salah satu pusat beli belah ternama di Petaling Jaya dimana dua lelaki tidak dikenali secara tiba-tiba menyimbah asid yang kemudian terkena beberapa bahagian tubuh pemain itu.

Baca Juga:

Selepas kejadian tersebut tular di laman media sosial, salah seorang pengguna X iaitu Farra Natasha Hidzir kemudiannya memuat naik gambar yang menunjukkan keretanya turut terkesan dengan asid yang disimbah oleh dua lelaki tidak dikenali itu.

Menurut Farra, beliau meletakkan keretanya di sebelah kereta Faisal dan mujur ahli keluarga yang lain sampai ke pusat beli belah sejurus selepas kejadian itu berlaku.

Semakan terhadap nombor kenderaan yang digunakan merupakan nombor kenderaan palsu dan motosikal tersebut dipercayai motosikal curi.

Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman mengingatkan kepada orang ramai supaya tidak menyebarkan sebarang spekulasi berhubung insiden yang dihadapi oleh Faisal Halim.

Selain itu dalam perkembangan sama JSJ turut memberikan bayangan bahawa tiada hubung kait antara insiden dialami Faisal dan rakan sepasukan dalam skuad kebangsaan, Akhyar Rashid.

Akhyar yang dipinjamkan ke Terengganu FC mengalami kecederaan di bahagian kepala dan kaki selepas dipukul menggunakan senjata tumpul pada Khamis lepas.

Selain diserang, beliau turut disamun yang menyaksikan dompet dan telefon bimbitnya dibawa lari oleh suspek tersebut.

“Kenyataan kedua-dua mangsa itu amat diperlukan dan penting bagi membantu siasatan polis.”

“Siasatan masih di peringkat awal dan usaha pada masa ini adalah lebih kepada mencari motif serta pelaku kes berkenaan,” ujar wakil JSJ menurut sumber Harian Metro.