Anda pasti pernah tersesat sewaktu berjalan ke sesuatu lokasi walaupun sudah menggunakan aplikasi navigasi seperti Google Maps. Sebenarnya, sudah terdapat ciri baharu yang ramai mungkin tidak tahu iaitu Live View.
Menerusi akaun TikTok @.farhanali, beliau telah mengajar cara menggunakan ciri Live View menerusi aplikasi Google Maps sewaktu berjalan ke sesuatu lokasi. Ciri ini bukan sahaja sangat membantu malahan sangat tepat kerana menggunakan teknologi AR di dalam waktu sebenar untuk menjejak lokasi yang ingin dituju.
Baca Juga:
- Ketahui Cara ‘Claim’ Skrin iPhone Baharu Secara Percuma Selepas Tempoh Waranti Tamat
- Ini Caranya Untuk Aktifkan Google Wallet Pada Peranti Android Anda
Cara menggunakan ciri Live View pada Google Maps
1. Pertama sekali, masukkan lokasi yang ingin dituju pada aplikasi Google Maps.
2. Klik pada Directions.
3. Kemudian, pilih logo jalan kaki pada bahagian paling kanan.
4. Tekan pada Live View yang berada di bahagian bawah halaman tersebut.
5. Anda hanya perlu halakan kamera peranti ke arah jalan dan anak panah untuk menavigasi akan terpapar di skrin. Selepas itu, anda perlu ikut dengan berhati-hati anak panah yang ditunjukkan sehingga sampai ke lokasi yang ingin dituju.
Selain di Malaysia, ciri ini sangat berguna sewaktu anda melancong di luar negara untuk ke sesuatu lokasi menarik. Dalam masa yang sama, anda diingatkan untuk menggunakan ciri ini di luar bangunan kerana teknologi AR ini hanya boleh mengesan kedai, bangunan atau pun papan tanda yang terdapat di sekitar kawasan sahaja.
@.farhanali Cara Elak Sesat Jalan Ketika Berjalan Kaki #sesatjalan #jalankaki
Diharapkan dengan tutorial ini dapat memudahkan anda bergerak ke sesuatu lokasi sambil berjalan dengan lebih tepat. Anda boleh kongsikan artikel ini agar lebih ramai orang dapat memanfaatkan ciri navigasi ketika di dalam situasi sebenar.