Seperti kita sedia maklum, caruman KWSP adalah wajib bagi setiap pekerja atau pun majikan yang menetap di Malaysia. Selain caruman wajib yang ditetapkan kepada majikan, anda sebenarnya boleh juga mencarum secara sukarela.
Kebaikan mencarum sendiri adalah boleh menikmati simpanan yang lebih banyak di hari bersara kelak. Boleh ikuti tutorial yang dikongsikan oleh akaun Twitter @TheFuturizts.
Baca Juga:
- Isu Kesal Guna Duit KWSP Labur ‘Unit Trust’, Pakar Kewangan Dedah Realiti Sebenar
- Orang Muda Lebih Suka Beli Kereta Berbanding Rumah Untuk Bergaya
- Lelaki Ini Kongsikan Cara Beli Kereta Terpakai Di Bawah ‘Market Value’
1. Muat turun aplikasi i-Akaun di Google Play Store atau App Store dan log masuk akaun KWSP anda.
2. Klik pada Tambah Caruman di halaman utama.
3. Masukkan jumlah yang anda mahukan yang mana minimumya RM10.
4. Lakukan pindahan wang menerusi FPX ke akaun KWSP.
Untuk makluman, caruman peribadi ini boleh dibuat tanpa memberi kesan kepada caruman yang telah dibuat oleh majikan. Anda juga hanya boleh membayar menggunakan kad debit sahaja dan jumlah maksimum caruman adalah RM60,000 setahun.
Dianggarkan dengan caruman peribadi sebanyak RM250 sebulan, anda bakal mempunyai simpanan persaraan sekitar RM157,955.09 selepas 15 tahun kemudian. Di samping itu, anda juga boleh membuat caruman peribadi mengikut keselesaan tanpa terikat setiap bulan.
Ini merupakan inisiatif yang anda boleh pertimbangkan demi kelangsungan hidup di hari persaraan kelak. Kongsikan artikel ini agar lebih ramai orang boleh memanfaatkannya dalam membuat simpanan peribadi lebih-lebih lagi di dalam ekonomi yang tidak menentu hari ini.