Sebahagian daripada pengguna mungkin mahu membuka akaun CIMB di kaunter namun terlalu sibuk pula. Tahukah anda terdapat cara buka akaun CIMB secara ‘online’ sahaja?

Bagi yang belum tahu, CIMB menyediakan cara mudah untuk membuka akaun bank tanpa perlu kaunter menerusi akaun CIMB OctoSavers Saving Account-I. Bahkan, CIMB mengatakan tiada sebarang yuran tahunan yang dikenakan untuk CIMB Octo Debit Mastercard.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Berikut merupakan cara mudah untuk membuka akaun CIMB OctoSavers secara dalam talian dan keperluan yang dipenuhi untuk membuka akaun tersebut.

Antara keperluan yang perlu dipenuhi oleh pemohan adalah seperti di bawah:-

1. Perlu berusia 18 tahun ke atas.

2. Rakyat Malaysia dengan MyKad.

3. Mempunyai nombor telefon dan alamat e-mel yang sah.

4. Tidak mempunyai mana-mana akaun semasa/simpanan CIMB.

5. Mempunyai akaun bank selain CIMB yang didaftarkan atas nama sendiri.

6. Deposit sebanyak RM20.

Cara buka akaun CIMB OctoSavers

1. Muat turun aplikasi CIMB Apply menerusi Google Play Store dan App Store. Selesai dipasang, buka aplikasi dan klik pada Open OctoSavers Account.

2. Kemudian, tekan Apply Now dan pergi pada Begin Application.

Sumber Gambar: CIMB

3. Di bahagian Contact Details, isi nombor telefon dan alamat e-mel yang sah dan klik Request SMS OTP Code. Masukkan nombor OTP yang diterima.

Sumber Gambar: CIMB

4. Mulakan pengesahan identiti dengan imbas bahagian depan dan belakang MyKad serta mengambil gambar swafoto. Setelah selesai, sahkan maklumat yang diperolehi daripada MyKad dengan tekan pada Confirm Details.

Sumber Gambar: CIMB

5. Selepas itu, jawab beberapa soalan pengesahan dan klik Submit.

Sumber Gambar: CIMB

6. Masukkan maklumat permohonan, kemudian Save and Continue serta isi bahagian pekerjaan dan maklumat tambahan. Kemudian, tekan Confirm Details.

Sumber Gambar: CIMB

7. Semak maklumat permohonan dan klik Submit and Apply. Pindahkan deposit minimum RM20 daripada akaun bank lain yang didaftarkan nama sendiri. Masukkan amaun, pilih bank dan tekan Proceed.

Perlu diingatkan, permohonan akan ditolak jika memindahkan deposit dengan menggunakan akaun bukan milik pemohon.

8. Buat CIMB Clicks ID yang mana termasuk User ID, kata laluan, SecureWord dan sebagainya.

Setelah selesai permohonan, kad CIMB Octo Debit akan dihantar ke alamat yang diisi dalam tempoh 7 hari hingga 14 hari berkerja.

Selepas menerima kod Octo Debit, aktifkannya menerusi CIMB Clicks. Jadi, anda kini sudah mengetahui secara terperinci bagaimana untuk membuat akaun CIMB secara dalam talian sahaja dan boleh kongsikan artikel ini agar ramai boleh mengetahuinya.

Sumber