Kegiatan scam dan penipuan atas talian kini semakin kreatif dan ‘real’ sampaikan kita hampir 100% percaya dengan janji-janji manis yang diucapkan. Pelbagai cara dan modus operandi digunakan kumpulan tidak bertanggungjawab ini untuk ‘memerah’ duit anda sehingga kosong.

Jadi di sini kami kongsi beberapa jenis penipuan yang paling popular di kalangan rakyat Malaysia. Dan kami yakin, ada di antara anda yang pernah melalui salah satu scam yang kami nyatakan ini.

1. Scam tawaran pembiayaan kewangan yang mudah dan cepat

Scam ini biasanya menjerat anda yang memerlukan wang dengan kadar segera. Contohnya, untuk anda mendapatkan pembiayaan kewangan sehingga RM100,000 anda perlu membayar sejumlah wang terlebih dulu sebagai wang pendahuluan loan yang anda minta. Apabila kita fikirkan jumlah pinjaman serta kadar interest yang sangat menarik, langsung tanpa berfikir panjang masukkan wang berkenaan.

Tetapi anda cuma akan sedari apabila wang yang dijanjikan tidak muncul tiba dan nombor telefon yang anda berurusan pun sudah tiada dalam talian. Putih mata begitu sahaja.

2. Scam pemindahan wang oleh pegawai polis atau pegawai bank (Macau Scam)

Ini antara scam yang paling bahaya dan paling convincing. Scammer juga sudah berani berlakon jadi polis ketika ini! Mereka secara random akan membuat panggilan yang di’tap’ taliannya. Scam ini juga turut popular dengan nama ‘Macau Scam’ kerana biasanya didalangi oleh sindiket yang berpengkalan di China.

Sebaik sahaja anda menjawab panggilan, anda akan berasa seolah polis legit yang menelefon anda baik dari segi suaranya mahupun gaya pengenalannya gaya seorang polis yang sebenar.

Mereka akan membuat panggilan dan mengatakan anda sedang berhadapan dengan satu kes polis dan anda perlu membayar sejumlah wang untuk menyelesaikan kes tersebut.

Ketika anda sedang panik dan keliru, biasanya mangsa akan terus membuat pemindahan wang tanpa membuat pengesahan sama ada adakah anda benar-benar terlibat dalam mana-mana kes polis. Di dalam peringatan pada video di atas, pihak polis tidak akan sama sekali meminta anda menjelaskan bayaran saman menerusi panggilan telefon.

Sama juga dengan scammer yang menyamar jadi pegawai bank. Penyamaran mereka memang hampir sama dengan pegawai bank yang sebenar. Pada mulanya mereka akan meminta nama penuh serta nombor kad pengenalaan anda. Secara perlahan-lahan mereka akan minta nombor kad bank anda. Ketika anda sedang panik atau keliru, mereka akan minta pula nombor CVC pada kad anda. Pada ketika ini, mereka akan letak telefon dan wang anda di dalam akaun pun sudah licin.

3. Love scam

Cinta memang boleh melukakan bukan sahaja hati anda, malahan akaun bank anda. Love scam ini tersangat popular dan ianya sudah menarik mangsa dari seluruh dunia. Bagaimana scam ini boleh berlaku? Pertamanya mereka akan pikat anda supaya anda jatuh cinta menggunakan akaun profil yang palsu.

Selepas anda sudah jatuh cinta, mereka akan mula minta buat macam-macam. Dalam kes ini, si lelaki katanya telah membuat pengeposan barangan mewah ke Malaysia dan barang tersebut kini berada di tangan ‘pihak kastam’. Lebih meyakinkan apabila nombor telefon yang diterima pula adalah daripada jabatan kastam!

Sebab barang kemas yang dihantar bernilai ribuan ringgit, anda perlulah membuat pembayaran ‘cukai’ terlebih dahulu sebelum parcel berkenaan diposkan kepada anda. Bila wang sudah diberi, lelaki berkenaan pun hilang mencari ‘cinta’ yang baharu. Cinta terlepas, wang pun lepap.

4. Scam pewaris harta/wang daripada pihak luar

nigeria king

Ini adalah antara scam terawal dan masih wujud sehingga kini. Anda akan menerima satu emel yang menyatakan anda adalah pewaris harta bernilai jutaan ringgit daripada seorang individu dari luar yang anda tidak kenali. Bukan sahaja anda tidak kenal nama berkenaan, wajah pemberi derma itu pun anda tak pernah lihat.

Aktiviti scam ini bermula apabila terdapat individu yang menyamar sebagai seorang bangsawan dari Afrika yang memperkenalkan dirinya serta memberitahu dirinya mempunyai jumlah wang yang banyak.

Walau bagaimanapun, beliau kini memiliki sedikit kesukaran untuk membeli barangan atau membuat bayaran sekaligus ‘memohon pertolongan’ untuk menyelesaikan urusan beliau terlebih dahulu sebelum menjanjikan wang yang berlipat ganda kelak.

Masalah ini sering berlaku dikalangan mangsa disebabkan penawaran wang besar yang dijanjikan sekaligus modus operandi mereka yang seolah meraih simpati sekaligus membuatkan ramai yang terjerat.

Tahukah anda sudah lebih 1,000 kes penipuan wang atas talian yang melibatkan RM72 juta telah direkodkan oleh pihak berkuasa? Dan jumlah ini hanya untuk kes yang berlaku di kawasan Lembah Klang. Sehubungan dengan itu, pihak CIMB Bank Berhad telah bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaksanakan Kempen Anti-Scam PDRM-CIMB Disember lalu lalu bagi meningkatkan kesedaran penipuan atas talian ini di kalangan rakyat Malaysia.

Perkara yang paling ditekankan dalam kempen ini adalah bagaimana untuk mengenal pasti jika sesuatu tawaran atau panggilan itu adalah scam? Untuk tawaran, sekiranya tawaran berkenaan sangat too good to be true, itu adalah scam.

Jika anda menerima panggilan daripada pihak polis pula, anda perlu bersemuka dengan mana-mana pegawai bank terlebih dahulu sebelum mereka menyambungkan talian kepada pegawai polis yang ditugaskan untuk sesuatu kes. Jadi anda hanya akan berurusan dengan pegawai polis yang sebenar dan bukannya scammer.

blog-1459240960

Suka untuk diingatkan, pihak polis tidak pernah dan tidak akan menghubungi suspek atau orang ramai melalui telefon untuk memaklumkan mereka telah melakukan kesalahan. Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman (Risikan dan Operasi), Datuk Sakri Ariffin, berkata, agensi awam atau pihak bank juga tidak akan menghubungi orang ramai untuk meminta sebarang bayaran atau pemindahan wang. Jika anda terima panggilan telefon dari pihak polis, letak sahaja telefon.

Orang ramai perlu sentiasa berhati-hati dengan sebarang panggilan yang dierima supaya anda tidak menjadi mangsa scammers yang seterusnya. Sekiranya anda menerima panggilan yang meragukan, dapatkan khidmat nasihat daripada rakan atau keluarga untuk mengesahkan sama ada panggilan berkenaan benar ataupun satu penipuan.

Untuk tips tambahan berkenaan scam yang wujud di Malaysia, anda oleh membacanya di sini. Kena ingat pesanan daripada CIMB, “Beware, Be Aware, Stop the Scammers”.