Seringkali kita membaca dimana orang ramai khususnya anak muda kurang mendapat mendapat pendedahan dalam bidang kewangan. Hal ini sekaligus membuatkan mereka tidak celik kewangan serta membuat keputusan yang silap dalam menguruskan perbelanjaan harian.

Dalam usaha untuk membantu orang ramai celik kewangan, sebuah festival bakal diadakan dibawah inisiatif Kementerian Kewangan Malaysia yang dinamakan sebagai LIFT Festival 2019.

Festival ini bakal membantu orang ramai tidak kira dewasa mahupun kanak-kanak untuk bukan sahaja celik dalam pengurusan wang malah mahir dengan teknologi dan kewangan digital.

lift_festival_logo_28112019

Festival yang berlangsung selama dua hari bermula 28 Disember ini, bakal memperlihatkan konsep kewangan dengan cara yang interaktif. Turut diadakan bersama adalah persembahan seni dan teknologi yang memberikan gambaran kewangan di masa hadapan.

Nak tahu program apa lagi yang ada pada LIFT Festival 2019? Jom kami kongsikan kepada mengapa program ini sesuai dihadiri buat semua lapisan umur dalam memberi pendedahan mengenai kewangan sambil berhibur dengan cara yang interaktif.

The Fringe

the fringe social media

Khas buat peminat festival, The Fringe bakal menyajikan anda persembahan dan tarian daripada artis dalam dan luar negara. Nak tahu apa yang lebih menarik? Semestinya keseronokan dan kemeriahan berterusan kepada pengunjung dengan pelbagai acara dan persembahan yang akan berlangsung sepanjang dua ini.

Persembahan pentas pastinya akan tetap epik seperti tahun lalu dengan artis ternama tempatan seperti Gerhana Ska Cinta, Noh Salleh, Kyoto Protocol, Pastel Lite, Aizat Amdan, Toko Kilat feat Ella, Oh Chentaku dan The Times LIFT Festival berlangsung.

The Showcase

imgonline-com-ua-twotoone-Y1NWXJtORnDIBz

Mahu ketahui lebih lanjut mengenai financial technology atau fintech? Ini festival yang perlu dituju. Ilmu baru mengenai teknologi ini bakal dikongsikan secara percuma melalui LIFT Festival.

Selain itu, beberapa acara melibatkan kewangan turut diadakan membolehkan anda turut serta. Anda juga dapat berhibur dengan teknologi VR yang tersedia seperti yang belum pernah diadakan sebelum ini. Menarik bukan?

The Market

LIFT Festival Putrajaya 2019

Tidak lupa juga, bazar dengan konsep yang pelbagai khusus buat semua lapisan umur. Pasar glam bakal memfokuskan kepada fesyen manakala pasar seni dan tradisi bakal menawarkan pelbagai barangan kraftangan serta tradisional.

Selain itu, pasar botani juga turut tersedia dimana pelbagai tumbuhan disediakan di sebuah tempat. Kepelbagaian tumbuhan yang tersedia pastinya membuatkan anda rambang mata untuk memilihknya. Pastinya golongan isteri atau ibu-ibu antara yang bakal menjadi tumpuan pasar botani ini.

LIFT Festival 2019

Print

Tarikh: 28 Disember & 29 Disember 2019
Lokasi: Menara Perkeso, Bangunan Suasana PjH dan Kompleks Kementerian Putrajaya

Tunggu apa lagi? Lock tarikh 28 Disember & 29 Disember ini dan jom kita ke Putrajaya untuk LIFT Festival 2019! Jangan lupa ajak rakan dan saudara-mara untuk kasi meriah kerana kemasukannya semestinya PERCUMA. Untuk maklumat lanjut, anda boleh ke laman rasmi LIFT Festival di sini.

Ketahui juga inisiatif komuniti DevHub dalam menghubungkan jurang teknologi 4.0 di Malaysia. Turut dikongsikan 5 keistimewaan Belanjawan Selangor 2020 yang tidak ada di negeri lain.

Ketahui Inisiatif Komuniti DevHub Dalam Menghubungkan Jurang Teknologi 4.0 Di Malaysia

5 Keistimewaan Belanjawan Selangor 2020 Yang Tidak Ada Di Negeri Lain