Berbaki beberapa hari lagi buat umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri dan nampaknya perjalanan keluar Kuala Lumpur menuju negeri lain sudah semakin rancak. Malah, dilaporkan jalan raya menuju ke Pantai Timur dikatakan semakin sesak.

Sehubungan itu, Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad menasihatkan orang ramai untuk memerhati kawasan kejiranan dan memberi kerjasama melaporkan kepada pihak polis sekiranya terdapat individu yang pulang beraya ke kampung tanpa kebenaran pihak berkuasa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
doc78f9crfnkaw1b4ivu72w
Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad. Sumber: harakahdaily

Beliau memaklumkan maklumat seperti ini amat penting bagi pihak polis menjalankan tindakan tegas buat individu yang gagal mematuhi SOP Aidilfitri 2021.

Selain itu, pihak polis Perlis juga sedia meningkatkan jumlah keanggotaan dalam memastikan pematuhan SOP dapat dijalankan serta mengambil tindakan tegas buat rakyat Perlis yang melanggar SOP. Kawalan sempedan negeri, stesen bas dan stesen kereta api yang ketat antara sedia dijalankan.

Kangar_capital_of_perlis (1)
Sumber: wikipedia

Beliau juga turut memaklumkan jumlah kenderaan yang memasuki Perlis sejak beberapa hari kebelakangan ini turut meningkat namun tidak serius iaitu sekitar lima peratus sahaja. Pengambilan anak-anak yang berada di institusi pengajian tinggi antara yang menjadi punca kemasukan ibu bapa ke Perlis.

Dalam pada itu, Datuk Surina Saad berharap untuk orang ramai masing-masing menjaga SOP dalam mencegah penularan wabak COVID-19.

Sebelum ini, Jabatan Perangkaan Perlis mendedahkan negeri ini sebenarnya memiliki 255,300 penduduk selepas sering menjadi jenaka mempunyai jumlah penduduk yang sedikit.

Sering Dijadikan Bahan Jenaka, Jabatan Perangkaan Dedahkan Perlis Sebenarnya Memiliki 255,300 Penduduk

Netizen Kongsi Keterujaan Pembukaan Starbucks Pertama Di Perlis Tahun Hadapan

Jalin Kerjasama Dengan FAMA Perlis, airasia farm Muncul Sebagai Pengedar Rasmi Harumanis

Sumber