Bagi kami, The Chicken Rice Shop merupakan restoran yang menyajikan nasi ayam yang enak dan istimewa kerana menampilkan menu berinspirasikan resipi tradisional Hainan. Adakah anda bersetuju dengan kami?

Bukan sahaja sedap tetapi harganya juga berpatutan. Terbaharu, The Chicken Rice Shop bakal bawakan kembali menu istimewa mereka iaitu ‘Grilled Butter Chicken’ atas permintaan ramai.

IMG_7108

IMG_7103

Cakap sahaja sudah cukup membuatkan kami terbayang keenakan ayam grill tanpa tulangnya dihidangkan bersama sos mentega yang ditaburi cili padi dan daun kari.

Kami telah mencuba Grilled Butter Chicken ini di cawangan Paradigm Mall dan apa yang kami boleh katakan adalah anda tidak akan muak dengan hidangan ini. Boleh dikatakan bahawa gabungan rasa mentega dan cili padi cukup sempurna dan pasti membuatkan anda terliur.

IMG_7095
Meal C untuk 4 orang. Terdiri daripada grilled butter chicken, signature chicken, nyonya pai tee, Penang rojak, Penang chicken rolls, pak choy, nasi dan sup.

photo_2019-11-25_15-07-45

Rugi jika anda menikmati hidangan ini tanpa mencuba minuman baru daripada The Chicken Rice Shop iaitu Tropical Layer Tea. Rasa teh ini manis dan sedikit berkarbonat kerana ia merupakan campuran air berkarbonat, teh, gula merah dan juga buah-buahan. Kombinasi rasa minuman ini akan membuatkan anda rasa sedang bercuti di tepi pantai.

Grilled Butter Chicken ini akan menemui anda pada waktu terhad iaitu pada bulan November 2019 hingga bulan Januari 2020. Kami teruja untuk mencuba hidangan ini dan pastikan anda mencuba hidangan ini kerana jika terlepas pada kali ini, anda perlu menanti ia kembali semula.

Untuk maklumat lanjut atau ingin ketahui akan promosi lain, anda boleh layari laman sesawang ini. Jangan lupa temujanji kita di The Chicken Rice Shop untuk cuba hidangan ini.

Di Malaysia, nasi lemak merupakan makanan kegemaran rakyat Malaysia. Tahukah anda bahawa nasi lemak pernah tersenarai antara 100 makanan tradisional terbaik dunia?

Nasi Lemak Tersenarai Antara 100 Makanan Tradisional Terbaik Dunia

YouTuber Dari Greece Sanggup Terbang 9,600KM Ke Malaysia Kerana Rindukan Nasi Lemak

Nasi Lemak Tersedap Malaysia Buat Netizen Bertikam Lidah