Jika anda fikir KFC hanya menjual ayam goreng Original, Spicy dan Cheezy Twister anda silap. Baru-baru ini KFC bergerak satu langkah kehadapan lagi dengan mencipta Internet Escape Port yang bernilai USD10,000 (RM41,615) untuk melindungi cuti anda tanpa gangguan.

Internet Escape Port boleh memuatkan seramai 4 orang dewasa ini turut dilengkapi satu baldi KFC dibawah teknologi Kolonel Sanders di kawasan ruang selamat.Diperbuat daripada struktur keluli dari Amerika Syarikat, dihiasi dengan warna cat Enamel dan 8 paun seni bina berkepadatan tinggi direka untuk menyekat sambungan internet yang datang ke peranti anda.

Menurut George Felix Pengarah bahagian pengiklanan KFC US, Kami telah datang dengan beberapa teknologi canggih, pengalaman kreatif untuk pelanggan dan peminat kami untuk tahun ini. Kami juga merasakan bebanan dari teknologi apabila musim cuti. Oleh itu, kami memutuskan untuk pergi ke arah yang bertentangan dengan mencipta produk anti-teknologi, menggunakan teknologi, untuk membantu pembeli yang merasakan percutian bebas tanpa gangguan teknologi. Kepada sesesiapa berminat dengan Escape Port ini anda boleh membeli di kedai e-dagang syarikat makanan segera, KFC Ltd.

kfc-internet-escape-pod-2

kfc-internet-escape-pod-3

kfc-internet-escape-pod-4