Mungkin disebabkan menyajikan ayam goreng ikonik mereka tidak cukup cool dan hipster, KFC nampaknya telah mula untuk untuk menjadikan restoran francais ini menjadi sesuatu yang lebih fun.

Sekiranya sebelum KFC berjaya berkolaborasi bersama Huawei dalam mengeluarkan smartphone khusus buat peminat KFC di China, kini nampaknya KFC India bakal mengikuti jejak langkah yang sama. Untuk membawa kelainan buat para pelanggan, KFC dengan kerjasama Mountain Dew telah mengeluarkan ‘Gamers Box 2.0’.

Sebuah gamepad yang boleh disambung bersama smartphone Android dan iOS untuk membolehkan anda bermain game kesukaan anda. Memandangkan ianya dikeluarkan oleh KFC, kotak merah seperti yang dapat anda lihat di dalam video tersebut turut terisi dengan ayam goreng keluaran KFC. Kreatif bukan?

Dalam pada itu, ‘Gamers Box 2.0’ ini nampaknya hanya dikeluarkan dalam unit yang terhad dimana para pelanggan di India cuma boleh mendapatkannya hanya melalui pertandingan yang dianjurkan. Buat anda yang tertanya tanya bagaimanakah ‘Gamers Box 2.0’ berfungsi, video dibawah ini mungkin antara yang patut anda tonton.

https://www.youtube.com/watch?v=3a_zf44d-mU

Baca lagi: Jangan Buang Resit KFC, Diskaun Ayam Menanti

Sumber