Legenda UFC dunia, Khabib Nurmagomedov menjemput bintang Muay Thai negara, Johan Ghazali berlatih di gimnasiumnya di Dagestan, Russia sekiranya mahu beralih angin ke MMA (seni bela diri campuran)
Beliau berkata demikian ketika acara ‘Khabib Nurmagomedov LIVE in Malaysia 2024’ di ibu kota, hari ini selepas Johan atau dikenali sebagai Jojo itu menyuarakan hasrat untuk menceburi bidang MMA.
Baca Juga:
- Khabib Nurmagomedov Sudah Tiba Di Malaysia
- Johan Ghazali Gayakan Baju Melayu Lengkap Semasa ‘Interview’ ONE Championship
- Johan Ghazali Anggap Muay Thai Lebih ‘Real’ Berbanding Silat
“Saya mengenalinya menerusi acara ini dan tahu dia masih muda. Saya juga tahu dia adalah petarung yang baik dan saya mengucapkan yang terbaik untuknya di masa depan, Insya-Allah,” kata Khabib.
“Dia memberitahu saya yang dia mahu ke MMA. Apabila dia sudah selesai (dalam ONE Championship) dan mahu ke MMA, dia sentiasa dialu-alukan di Dagestan di gimnasium saya, berlatih bersama kami, untuk meningkatkan tahap gustinya dia sentiasa dialu-alukan,” katanya.
#NSTTV Dagestan's Khabib Nurmagomedov came to Kuala Lumpur today, and met his fans at the PWTC.#KhabibNurmagomedov pic.twitter.com/iDUaKDV0qP
— New Straits Times (@NST_Online) September 29, 2024
Ini adalah penampilan sulung Khabib di Malaysia sejak memegang gelaran juara kelas lightweight Ultimate Fighting Championship (UFC) yang tidak pernah kalah pada 2021 dengan rekod 29-0.
“Saya sudah lama nak datang ke sini (Malaysia) dan akhirnya ia tercapai,” katanya.
“Setakat ini, semuanya menakjubkan dan terima kasih kerana mengalu-alukan saya di sini dan menerima saya sebagai saudara.”
Selain itu, Khabib juga dijadualkan mengadakan pertemuan khas dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Terkenal sebagai sensasi UFC dunia, antara pertarungan paling terkenal membabitkan Khabib adalah ketika bertemu petarung Ireland, Conor McGregor dalam aksi UFC 229 pada Oktober 2018.
Kemenangan itu diteruskan apabila dia menewaskan lawannya dari Amerika Syarikat, Dustin Poirier pada September 2019 dalam saingan UFC 242.
Pada 2020, Khabib mengumumkan persaraannya selepas pertarungan menentang Justin Gaethje pada saingan UFC 254 di Abu Dhabi, Emiriyah Arab Bersatu.