Tampil berdepan kritikan, Khairul Aming menerusi TikTok membuat penjelasan rasmi mengenai isu beliau digelar sombong susulan keengganannya memenuhi pelbagai permintaan dan tawaran kerjasama.
Khairul Aming atau Khairul Amin Kamarulzaman mendedahkan popularitinya telah membawa kepada banyak permintaan untuk bekerjasama daripada pelbagai sektor.
Namun begitu, Khairul Aming (KA) tidak mampu memenuhi semua permintaan tersebut kerana beliau sibuk menguruskan perniagaan produknya, iaitu Dendeng Nyet Berapi dan Rendang Nyet Berapi.
“Saya ada baca orang cakap susah nak dapat dan hubungi saya. Hari-hari saya dicari sekolah, universiti, NGO, media, agensi dan macam-macam. Dalam pada yang sama, saya adalah seorang usahawan. Bila saya berniaga, bangun pagi dah baca update tentang rendang, ayam masam dan elektrik di kilang.”
Walaupun wujud dakwaan yang menuduh usahawan itu bersikap sombong, Khairul Aming (KA) memilih untuk tidak mengambil pusing dan menerima tohmahan tersebut dengan hati yang terbuka (atau reda).
“Takpelah saya reda bila dikata sombong. Kawan-kawan sendiri pun kalau cari saya, seminggu lepas itu baru saya balas. Saya dah terbiasa kerja dari zaman sekolah.”
@khairulamingfans_ Khairulaming pun manusia biasa macam kita jugak, ada limit & kekurangannya 🥹🙏🏻 @Khairulaming
Dalam kesempatan itu, KA turut mengingatkan pengikutnya supaya sentiasa berusaha gigih dan strategik dalam memburu kejayaan.