Setiap tahun, warganet pasti tertunggu-tunggu video Khairul Aming belanja para pekerjanya sebagai tanda penghargaan.
Untuk tahun ini, kilang ditutup selama lima hari dan Khairul Aming membawa 100 pekerjanya bercuti di tengah-tengah Kuala Lumpur.
Mereka tiba di ibu kota dengan dua buah bas dan menginap di hotel berprestij, Marriott Hotel. Kesemua pekerja mendapat bilik suite 5 bintang.
Lokasi penginapan yang strategik itu membolehkan mereka semua melihat keindahan KLCC menerusi upper deck hotel berkenaan.
Khairul Aming belanja pekerja bercuti 100%
Percutian Staff Khairulaming 2025
Ini percutian terbesar kita buat untuk 100 staff bercuti di KL. Semua dapat bilik hotel suite 5 star, dinner A5 wagyu, Splashmania, Wild Life tour, private Hop On Hop Off ride, Aquaria KLCC, berlumba Go Kart, main VR games, Indoor themepark,… pic.twitter.com/8aZD7LHj1J
— Khairulaming (@khairulaming) October 1, 2025
“Macam biasa setiap kali company trip, kita tidak akan bagi staf belanja satu sen pun. Jadi semua staf dapat duit poket untuk mereka guna untuk beli-belah atau apa-apa di sana (semasa bercuti),” kata pempengaruh itu.
Untuk makan malam, Khairul Aming berkongsi rezeki dengan para pekerjanya merasai daging Wagyu A5 asli dari Jepun yang menelan belanja berpuluh-puluh ribu ringgit.
Pada keesokkan harinya, mereka sambung bermain air di Splash Mania Gamuda Cove. Semua kelengkapan semasa bermain di dalam taman tema itu turut ditanggung oleh majikan mereka.
Selepas itu mereka mengikuti aktiviti Wetland Tour, di mana mereka masuk kawasan hutan dan meninjau tasik.
Sebelah malam pula, mereka semua mengelilingi tempat-tempat tumpuan pelancong sekitar bandar Kuala Lumpur dengan bas KL Hop-On Hop-Off.

Hari seterusnya, mereka semua menguji bakat masing-masing di dalam litar go-kart.
Setelah semua merasai sendiri memandu go-kart, mereka meluangkan masa selama 45 minit untuk bermain permainan Virtual Reality (VR).
Walaupun sudah masuk hari ketiga di Kuala Lumpur, mereka semua seperti tidak tahu penat. Mereka terus menyambung aktiviti indoor.
Selesai makan tengah hari, Khairul Aming bawa mereka semua meneroka alam akuatik di Aquaria KLCC.
Selain rombongan Khairul Aming, ada juga rombongan pelajar sekolah rendah di situ. Kanak-kanak tidak melepaskan peluang untuk mengambil tandatangan dan bergambar bersama pempengaruh yang disegani tersebut.
Malamnya pula, semua para pekerja diberikan kebebasan untuk membeli-belah di pusat beli belah terkemuka seperti Pavilion dan TRX. Mereka boleh naik e-hailing dan claim semula.
Ada juga yang mengambil peluang untuk merasai makanan-makanan terkenal di Kuala Lumpur pada awal pagi.

“Kita tak nak percutian ini dipenuhi dengan aktiviti berkumpulan, berbincang hal KPI. Trip ini memang bebas untuk bercuti sahaja.
“Kebetulan waktu percutian ini hari jadi KA, dapat pekerja yang baik seperti ini adalah hadiah hari jadi yang paling best yang KA dapat.
“Terima kasih untuk segala-galanya,” kata Khairul Aming.