Baru-baru ini pempengaruh masakan terkenal, Khairul Aming telah membawa 5 pembeli Rendang Nyet terpantas bercuti bersama-sama di New Zealand.
Dalam satu hantaran terbaharu Khairul Aming, beliau kongsikan satu kejutan luar biasa buat para pemenang.
Baca Juga:
- Khairul Aming Akui Reda Digelar Sombong, Dedah Sebab Tolak Permintaan Ratusan Sekolah, Universiti, NGO

- Khairul Aming Belanja 100 Pekerja Rasai Hotel ‘5 Star’, Wagyu A5 Di Kuala Lumpur

- Selepas Raih RM1.2 Juta Jualan Di TikTok, Khairul Aming Sekelip Mata Raih RM1 Juta Pula Jualan Di Shopee

“Untuk pemenang trip New Zealand, KA bagi kejutan naik 3 buah helikopter dan mendarat dekat puncak gunung untuk main salji. Mereka semua tergamam tak jangka dapat kejutan sebegini,” kata pempengaruh tersebut.
Untuk pemenang New Zealand trip KA bagi surprise naik 3 buah helicopter dan mendarat kat puncak gunung untuk main salji. Diaorang semua tergamam tak expect dapat surprise ni 🥹 pic.twitter.com/vKFQw2TnTD
— Khairulaming (@khairulaming) October 16, 2025
Khairul Aming membuat tempahan menyewa helikopter untuk slot pagi menggunakan aplikasi Klook.
Ketika berada di udara, juruterbang menerangkan kepada para penumpang apa yang mereka lihat sepanjang perjalanan.
Ketibaan mereka di puncak gunung disambut dengan salji yang tebal.
Namun, Khairul Aming dan para pemenang tidak melepaskan peluang untuk bermain salji itu dan merakam gambar, serta video sebagai kenangan.
Terdahulu, seramai 9 orang mengikuti Khairul Aming bercuti di New Zealand selama satu minggu.
Kesemua perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh pempengaruh itu.