Genap tiga tahun sejak Sambal Nyet Berapi dilancarkan, Khairul Aming pada minggu ini telah mengumumkan produk kedua beliau iaitu Dendeng Nyet Berapi.

Dihasilkan di kilang kedua beliau dengan adunan resipi yang diteliti beserta bahan masakan berkualiti, Khairul Aming mengumumkan jualan rasmi Dendeng Nyet Berapi bakal bermula pada hari ini bermula jam 9 malam ini.

Baca Juga:

@khairulaming

Produk kedua Khairulaming akan dijual secara live pada hari Jumaat (2 Feb) ini pada jam 9 malam eksklusif di TikTok Khairulaming. Kita telah ambil masa setahun untuk R&D produk kedua ini dan telah memakan modal lebih dari 2 juta ringgit untuk persiapan mesin dan renovation kilang. We hope you will like it, kalau ada kekurangan boleh inform kita untuk penambahbaikan. Jumpa anda di hari launching nanti 😊

♬ original sound – Khairulaming – Khairulaming

Menawarkan sebanyak 80,000 pek Dendeng Nyet Berapi dengan harga RM14.90 bagi setiap satu pek, siapa sangka jualan yang berlangsung di platform TikTok beliau ini hanya mengambil sepantas 3 minit 39 saat untuk kesemua stok beliau habis terjual.

Tempoh masa sepantas 3 minit 39 saat ini sekaligus memberi jumlah jualan sebanyak lebih RM1.19 juta buat produk kedua beliau yang baru sahaja dilancarkan.

@hairiariff

Tak sampai 4 minit Khairul Aming dah settle jual Dendeng Nyet Berapi cecah RM1.19 juta 👏 #KhairulAming #dendengnyetberapi

♬ original sound – hairi ariff – hairi ariff

Lebih menarik, rekod yang dihasilkan menjadikan Dendeng Nyet Berapi muncul sebagai produk terpantas berjaya meraih jumlah jualan mencecah 7 angka di TikTok.

Tahniah diucapkan buat Khairul Aming. Semoga produk kedua ini berjaya mengikut jejak langkah Sambal Nyet Berapi yang berjaya meraih jumlah jualan mencecah RM20 juta sepanjang tahun 2023.