Generasi hari ini banyak berpendapat pelajaran tidak lagi penting. Sebaliknya jumlah followers media sosial yang ramai dapat menjadikan hidup mereka jauh lebih baik daripada yang sambung belajar.

Dengan jumlah followers yang tinggi, generasi hari ini menaruh harapan tinggi untuk menjadi influencer, kemudian buat paid review untuk menjana pendapatan lumayan.

Baca Juga:

Bagaimanapun individu-individu yang jauh lebih berusia dan berpengalaman, bagi mereka keputusan itu hanya menjerat diri apabila meningkat usia.

'Tak Ramai Bertahan Lebih 3 Tahun' – Khairul Aming Kongsi Realiti Seorang Influencer, Buat Paid Review
Sumber Gambar: X.com @StratCommX
Khairul Aming akui jangka hayat influencer sangat singkat

Menurut pempengaruh masakan, Khairul Aming mengakui influencer boleh terjatuh daripada awangan apabila tiba masa diri sendiri influencer sudah tepu.

“Kalau bergantung dekat paid review boleh survive untuk jangka pendek sahaja (kurang dari 5 tahun, bahkan ramai tidak boleh survive lebih dari 3 tahun).

Rate card anda bergantung kepada engagement dan kerevelanan anda dalam pasaran. Semakin hari semakin ramai content creators, dan semakin susah nak bersaing untuk dapatkan engagement, serta semakin susah nak kekal relevan.

“Jenama akan memilih siapa sahaja yang relevan pada waktu itu.,” kongsi Khairul Aming.

'Tak Ramai Bertahan Lebih 3 Tahun' – Khairul Aming Kongsi Realiti Seorang Influencer, Buat Paid Review
X.com @khairulaming

Tambah beliau lagi, influencer akan tersepit dalam permainan ‘buang harga’.

Ini kerana apabila persaingan tinggi, orang pun akan mula tawar harga lebih rendah untuk bersaing mendapatkan paid review.

“Sebab itu industri ini (influencer, paid review) nampak mewah, tapi tidak tahan lama kalau tidak jaga penjenamaan peribadi dan tidak alihkan sumber pendapatan kepada perniagaan atau lain-lain,” jelasnya lagi.

'Tak Ramai Bertahan Lebih 3 Tahun' – Khairul Aming Kongsi Realiti Seorang Influencer, Buat Paid Review
X.com @khairulaming