Sebut nama Khairul Aming pasti seluruh Malaysia mengenalinya. Berjaya menjadi influencer serta usahawan yang sentiasa menyebarkan ilmu kepada orang ramai membuatkan beliau dihormati ramai.

Beliau turut berkongsi kisah travel beliau beserta penceritaan yang menarik berjaya membuatkan apa yang dipuji dan disukai beliau mahu dicuba oleh para netizen.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
@khairulaming

Dari pagi sampai malam tak berhenti makan dekat Hat Yai ni. Sedap and murah makanan kat sana 😭😭 Siapa sini dah pernah pergi? cuba share tempat favourite korang #CutiCutiTikTok #makanlokal #foodfestontiktok

♬ original sound – Khairulaming – Khairulaming

Bersempena dengan percutian beliau ke Hatyai sekitar Julai lalu, Khairul Aming telah memuat naik 9 makanan yang dicuba di Hatyai di mana salah satu daripadanya adalah Kaitod Meena yang menyajikan hidangan nasi khao mok Thai.

Berjaya mendapat perhatian Khairul Aming serta dipuji keenakannya membuat gerai di Hatyai ini telah mendapat durian runtuh di mana gerai ini secara terus menerus telah menerima pelanggan dari Malaysia yang mahu mencubanya.

@pikapocoyo

Sampai ja hatyai terus pi serbu kaitod meena yang khairul Aming pi tu. Tengoklah penuh orang Malaysia ja beratur.

♬ original sound – Syaf – Syaf

Menerusi perkongsian salah seorang pengguna TikTok @pikapocoyo, beliau memaparkan keadaan sebenar di kawasan tersebut di mana terdapat warga Malaysia sanggup beratur panjang demi mencuba gerai yang dipuji Khairul Aming ini.

Menerusi tinjauan di ruangan komen, terdapat netizen yang memaklumkan turut pernah beratur di gerai berkenaan semata-mata mahu mencubanya. Tidak kurang juga yang memaklumkan pernah menjamah hidangan nasi khao mok di kedai yang lain.

Sumber: TikTok @picapocoyo
Sumber: TikTok @picapocoyo

Untuk pengetahuan, ini bukanlah pertama kali gerai atau kedai yang dipuji Khairul Aming diserbu oleh orang ramai. Sebelum ini, beberapa kedai lain turut menerima impak yang sama apabila berjaya mendapat perhatian influencer terkemuka ini.