Peminat Sambal Nyet Bilis kini berpeluang menikmati percutian impian apabila lima pembeli terpantas bakal diterbangkan ke Dolomites, Itali untuk bercuti bersama Khairul Aming atau KA.
Sambal Nyet Bilis adalah produk terbaru yang dilancarkan oleh Khairul Aming. Dan ianya dijangka akan mendapat sambutan luar biasa.
Lebih menarik, pemenang juga dibenarkan membawa seorang “plus one” dan segala kos perjalanan ditaja sepenuhnya, tertakluk kepada terma dan syarat.
Menerusi pengumuman tersebut, Khairul Aming berkata:
“Lima pembeli terpantas yang beli lima botol Sambal Nyet Bilis akan diterbangkan ke Dolomites, Itali untuk bercuti bersama KA.”
“Dan anda boleh bawa plus one. Semuanya ditaja sepenuhnya, tertakluk terma dan syarat.”
Ini bukan kali pertama aktiviti istimewa seperti ini dianjurkan. Menurut Khairul Aming, pada tahun lalu pemenang bertuah telah dibawa menikmati percutian ke New Zealand.
“Tahun lepas kita bawa pemenang [peraduan] ke New Zealand. Tahun ni kita pergi Eropah pulak.”
“Jadi siapa korang nak bawa nanti? hehehe”
Pengumuman itu terus mencuri perhatian ramai kerana menawarkan pengalaman yang bukan sekadar hadiah barangan, tetapi peluang mencipta kenangan bersama Khairul Aming di salah satu lokasi paling cantik di dunia.
Dolomites terletak di utara Itali terkenal dengan pemandangan gunung dramatik, tasik cantik dan landskap semula jadi yang menjadi tarikan utama pelancong seluruh dunia.
Menurut Khairul Aming, bagi mereka yang mahu menyertai peraduan tersebut, siap sedia dengan temujanji anda bersama Khairul Aming menerusi siaran langsung di TikTok pada Jumaat ini, 7 Ogos, 2026.
Mereka yang berjaya memenangi peraduan ini boleh merancang dan memohon cuti mereka di tempat kerja. Kerana perjalanan ke Itali tersebut dirancang pada Oktober ini.
Lima pembeli terpantas yang beli lima botol Sambal Nyet Bilis akan diterbangkan ke Dolomites, Italy untuk bercuti bersama KA
dan anda boleh bawa plus one. Semuanya ditaja sepenuhnya, tertakluk terma dan syarat 😄
Tahun lepas kita bawa pemenang ke New Zealand. Tahun ni kita… pic.twitter.com/1IYC13CmKD
— Khairulaming (@khairulaming) August 4, 2026