Khairul Aming mencipta rekod sebagai usahawan pertama berjaya meraih hasil jualan lebih USD1 juta atau sekitar RM4.4 juta menerusi jualan strim langsung di Tiktok.

Khairul Aming menulis: “Alhamdulillah semalam kita berjaya pecahkan rekod baru, livestream TikTokShop pertama di Malaysia yang cecah jualan melebihi 1 juta USD (Rm 4.4 juta).”

Khairul Aming akui dia terhutang budi kepada semua pihak yang menyokongnya. Dia juga terharu dengan sokongan yang diterima oleh usahawan tempatan sepertinya.

Khairul Aming menegaskan: “Saya terhutang budi dengan anda semua. Terima kasih sebab beri kepercayaan kepada anak-anak tempatan kita sejak dari dulu lagi.

“Team KA di Kelantan dah mulakan ship out parcel hari ni, inshaAllah kita akan cuba settlekan parcel secepat mungkin.

“Mohon maaf kalau ada apa-apa kekurangan dalam livestream KA dan team semalam. Terima kasih guyss.”

@khairulaming

Alhamdulillah semalam kita berjaya pecahkan rekod baru, livestream TikTokShop pertama di Malaysia yang cecah jualan melebihi 1 juta dollar 🥹

♬ Rat eating by itself – Gawzerz

Netizen rata-rata tumpang gembira dengan kejayaan Khairul Aming berjaya meraih hasil jualan sebanyak itu. Bukti bahawa Khairul Aming masing kekal relevan.

Ianya juga bukti bahawa perancangan rapi dalam mengeluarkan produk baharu berjaya mendapatkan pulangan lumanyan.

Peminat dan pengikut setia Khairul Aming jelas masih tidak putus-putus memberikan sokongan kepada influencer dan usahawan berjaya tersebut.