Khairul Aming akui risau melihat perkembangan budak budak pada hari ini. Di mana semakin ramai yang semakin menjauhi buku kerana adanya gadget terutama sekali telefon bimbit.

Boleh dikatakan sebahagian besar pelajar sekolah rendah atau menengah memiliki telefon bimbit sendiri. Begitu juga dengan kanak kanak di awal usia yang sudah dibelikan gadget oleh ibu bapa mereka. Atau ada akses kepada gadget.

Dipetik dari laman Oh Bulan, Khairul Aming berkata: “Budak-budak sekarang ini agak merisaukan. Takut terbiasa main telefon, bila tengok buku otak jadi tidak berfungsi.”

Khairul Aming akui ledakan teknologi menjadi faktor utama kanak kanak hari ini menjadi sebegitu. Dan dia bersyukur kerana zamannya dahulu tidak begitu canggih pada hari ini.

Ini kerana mereka dahulu tidak ada telefon pintar mahupun media sosial.

Dia memberitahu netizen bahawa ketika di zaman sekolah, dia memperuntukkan masa untuk belajar. Dia juga sentiasa terbuka membantu rakan rakan yang memerlukan bantuan.

Khairul Aming berkata: “Saya jenis yang akan memperuntukkan masa untuk belajar. Balik saja sekolah, saya akan tidur petang.

“Saya terpaksa sebenarnya sebab kalau tak tidur, malam tak boleh belajar. Jadi, lepas maghrib saya akan mula belajar sampai tengah malam dalam 1:00 pagi.

@khairulamingfans_

Goodluck kepada semua calon SPM 2024 yang akan menduduki ujian bertulis bermula khamis ni! 🤲🏻 @Khairulaming #khairulaming #khairulamingfans #dendengnyetberapi #sambalnyetberapi #teamKA #walaming #spm

♬ original sound – Fans KhairulAming – Fans KhairulAming

“Kadang-kadang ada kawan-kawan yang tak faham, mereka akan rujuk pada saya.”

Sambil berseloroh Khairul Aming mengimbau kembali perangan sesetengah rakannya yang hanya akan panik mencarinya apabila dekat dengan musim peperiksaan.