Pada malam semalam influencer disegani ramai, Khairul Aming telah berjaya memecah rekod sebagai produk tempatan terjual RM1 juta terpantas di TikTok Shop.

Kejayaan itu bukan terjadi sekelip mata, sebaliknya pelbagai persiapan telah dibuat sejak satu tahun lalu.

Baca Juga:

Salah seorang kru telah berkongsi pengalaman dan mendedahkan kejayaan Dendeng Nyet Berapi selepas berkerjasama dengan Khairul Aming.

Menerusi perkongsian TikTok @dyeana.rose, beliau merupakan Creative/Art Director di Flawa Production yang terlibat dalam menghasilkan bahan marketing produk kedua Khairul Aming itu.

'Khairul Aming 'Storyteller' Genius' – Kru Terlibat Dedah Sebab Kejayaan Dendeng Nyet Berapi
Sumber Gambar: TikTok @flawa.production

“Selepas bercakap dan mengenali beliau, apa yang saya belajar, Khairul Aming merupakan Direktor Kreatif untuk jenamanya sendiri.

“Beliau merupakan influencer yang mempengaruhi orang ramai melalui storytelling. Khairul Aming merupakan storyteller genius dan kreatif dengan menghasilkan visual serta storytelling yang hebat.

“Sama seperti orang kreatif lain, Khairul Aming telah menghabiskan banyak masa untuk mengimaginasikan idea dan melaksanakannya selepas berbulan dan bertahun membuat perancangan. Oleh sebab itu setiap idea-ideanya hebat; beliau menambah baik dari semasa ke semasa,” kata Dyeana.

Tambahnya lagi, influencer itu faham dan tahu audiens dan pasaran, jadi beliau tahu menggunakan visual yang sesuai dengannya.

Beliau membuat dan meminta pasukannya menghasilkan visual yang sesuai imej jenama khairulamingbrand untuk memenuhi  sasaran pasarannya.

Sumber Gambar: TikTok @flawa.production

“Khairul Aming sangat bagus dalam membuat strategi. Beliau membuat pelan strategi untuk menarik audien menonton konten video yang dihasilkannya.

“Beliau tahu langkah dan strategi yang berkesan untuk menjadikan konten satu alat marketing berkuasa, dan beliau cipta storytelling menerusi strategi tersebut — saya panggil itu ‘kreatif strategi’.

“Skil ini ini hanya boleh dimiliki oleh orang tertentu kerana ia perlu digilap dari semasa ke semasa melalui pengalaman,” kata Dyeana.

Sumber Gambar: TikTok @flawa.production

Jelasnya lagi, perlu diingatkan bahawa tidak semua orang mempunyai keupayaan untuk menjadi kreatif.

Mengapa Khairul Aming storyteller genius? Ini kerana beliau mempunyai banyak pengalaman untuk mencapai tahap ini.

Ramai orang boleh menjadi ‘kreatif’, tetapi individu kreatif yang paling hebat adalah mereka yang mempunyai pengalaman untuk menggilap dan menjadi yang terbaik.

“Inilah yang sering orang terlepas pandang; mereka rasa menjadi kreatif adalah mudah, tetapi sebenarnya, kreativiti memerlukan pengalaman yang baik, aura yang kuat, rasa yang hebat, dan emosi dan sentuhan manusia,” jelas Dyeana.

Terdahulu, Dendeng Nyet Berapi produk kedua khairulamingbrand habis terjual dalam masa 3 minit 39 saat menerusi platform TikTok Shop.

Difahamkan jualan tersebut merupakan produk tempatan pertama terpantas mendapat RM1 juta menerusi platform media sosial itu.

Pada masa sama Khairul Aming mengumumkan hasil kutipan jualan pada malam itu sahaja sebanyak RM1.2 juta.

Selepas mendapat maklum balas daripada pelanggan dan membuat penambahbaikkan, barulah beliau akan mula menjual produk terbaharunya itu secara besar-besaran seperti Sambal Nyet Berapi.