Khairul Aming umumkan bahawa tiada lagi 30 Hari 30 Resepi sempena bulan puasa. Sebaliknya tahun ini 30 hari 60 resepi pula.

Nama Khairul Aming sentiasa menjadi carian ramai ketika bulan puasa. Kerana program 30 Hari 30 Resepi yang dia buat sebelum ini.

Program tersebut membuatkan Khairul Aming mulai dikenali dan menjadi pempengaruh yang popular. Khairul Aming malah sudah meraih pelbagai penghargaan dan penghormatan daripada pelbagai pihak di atas kejayaannya.

'Saya Tak Ajar Mereka Jadi Toksik' – Khairul Aming Kongsi Rahsia Tiada Pekerjanya 'Resign'
Sumber Gambar: X.com @khairulaming

Walaupun sudah semakin popular, Khairul Aming tak pernah lupa tentang program 30 Hari 30 Resipi pada bulan ramadan.

Khairul Aming umumkan rancangan puasa tahun ini

Program untuk tahun ini bermula pada minggu hadapan sempena bulan puasa. Dan menurutnya ini sudah tahun kelapan program 30 Hari 30 Resepi menemui penggemarnya.

Menerusi ruangan X, Khairul Aming menulis: “Hey what’s up guyssss. Weekend ni kita akan start berpuasa dan tahun ni KA sediakan 30 Hari 60 Resipi, Livestream Bazar Ramadan dan 8 episod Oman travel series. Selamat datang ke tahun ke-lapan.”

Khairul Aming

Khairul Aming umumkan perkara itu di Instagram miliknya. Dan tokoh pempengaruh dunia masakan itu menyatakan pasukannya kali ini membuat persiapan lebih rapi, kira kira 2 bulan.

“Kali ini KA [Khairul Aming] dan pasukan letak usaha yang lebih kuat. Kita buat persiapan kira kira 2 bulan lebih untuk rakam dan sunting semua video,” kata beliau.

“Dan tahun ini kita bukan ada 30 Hari 30 Resepi, tetapi 30 Hari 60 Resepi,” tambah beliau lagi.

'Faham Nak Bergurau Tapi Tak Boleh Tweet Fake Macam Ini' – Khairul Aming
Sumber Gambar: X.com @khairulaming

Khairul Aming umumkan bahawa tahun ini dia akan lebih fokus kepada live stream.

“Kita akan fokus kepada live stream. Jadi kita akan banyak membuat strim langsung dari bazar ke bazar untuk tunjuk mana satu bazar yang terbaik dan untuk sokong peniaga tempatan,” jelas Khairul Aming umumkan program Bazar Livestream.

Satu lagi program disediakan Khairul Aming pada episod musim ini, iaitu mengajak peminatnya untuk mengikuti perjalanan ke Oman menerusi slot ‘Jalan Jalan Ke Oman’ atau Aming In Oman.

Terdapat 8 episod ekslusif Jalan Jalan Ke Oman yang akan ditayangkan sepanjang bulan ramadan kali ini.