Ramai yang kagum dengan kualiti video yang dimuat naik oleh pencipta konten seperti Khairulaming dan ramai lagi di Instagram. Pasti ramai yang berminat mengetahui rahsia memuat naik video yang sebenar dalam mendapatkan kualiti video sebaik itu.
Menerusi ciapan terbaru Khairulaming, beliau telah berkongsi rahsia sebenar memuat naik video dengan resolusi 4K untuk platform Instagram. Secara dasarnya, beliau mengatakan anda perlu menetapkan beberapa settings rakaman pada iPhone dan format muat naik di Instagram.

Baca Juga:
- Ini 4 Langkah Mudah Stabilkan Video ‘Shaky’ Dengan Google Photos Yang Anda Boleh Cuba
- 5 Tip Mudah Untuk Jadikan Suntingan Video Lebih ‘Awesome’
not 100% sure how it works tapi so far pakai setting ni kat iphone and IG. record guna camera phone, bukan camera instagram. also dekat IG kena enable “high quality upload”. lepas dh record baru upload ke ig story in 4k https://t.co/4FcMxxV9ZN pic.twitter.com/JfQN75ebYM
— Khairulaming (@khairulaming) October 15, 2022
Bermula dengan iPhone, anda perlu pergi pada bahagian tetapan Record Video dan klik pada tetapan 4K at 60fps. Selepas itu, anda perlu mengaktifkan tetapan video HDR Video dan Enhance Stabilisation sekiranya menggunakan siri iPhone 14 untuk hasil video yang stabil.

Sementara di Instagram pula, anda perlu pergi ke bahagian Data Usage lalu klik pilihan tetapan High-quality uploads dengan ini membolehkan sebarang video yang dimuat naik pada kualiti yang terbaik. Selain itu, anda diingatkan untuk merakam video menggunakan peranti terlebih dahulu dan barulah memuat naik di Instagram.

Hal ini kerana sekiranya anda merakam video menggunakan ciri video yang terbina pada Instagram tidak dapat memberikan kualiti video yang sepatutnya. Dalam pada itu, ada sebahagian pengguna yang berkongsi tentang tips yang diberikan oleh Khairulaming sememangnya berhasil.
Selepas ini, anda juga berpeluang mendapatkan hasil video yang berkualiti tinggi dengan mengubah beberapa tetapan seperti yang dinyatakan di atas. Para pembaca boleh kongsikan artikel ini agar lebih ramai mengetahui tips ini dan boleh menghasilkan video yang serba profesional untuk tujuan bisnes dan sebagainya.