Kia secara rasmi memperkenalkan Kia Sales Malaysia Sdn Bhd (KSM), syarikat jualan nasional milik penuh Kia di Malaysia.

Di bawah model baharu yang dikendalikan terus oleh prinsipal, KSM akan mengambil alih sepenuhnya tanggungjawab terhadap operasi jenama Kia di Malaysia bermula 1 Januari 2026.

Ia merangkumi pemasaran, jualan, pengalaman pemilikan, serta latihan di seluruh negara.

Kia Buka Lembaran Baharu Di Malaysia
Sumber Gambar: Kia

Malaysia menempatkan ibu pejabat Kia Asia Pacific (Kia APAC), yang berperanan sebagai pusat pemikiran strategik bagi rantau Asia.

Kia APAC memantau enam anak syarikat yang termasuk Kia Sales Malaysia (KSM) dan unit pengeluarannya.

Kia APAC menguruskan operasi di 33 pasaran termasuk negara-negara ASEAN, Australia dan New Zealand.