Kia Sales Malaysia Sdn. Bhd. (KSM) dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Cycle & Carriage (C&C) sebagai rakan pengedar sah terbarunya, menandakan satu pencapaian penting dalam strategi pertumbuhan jangka panjang dan pengembangan rangkaian Kia di Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif Kia Sales Malaysia, Hyung Ho Kim, berkata pelantikan Cycle & Carriage mencerminkan komitmen Kia untuk mengukuhkan rangkaian jualan dan meningkatkan pengalaman pelanggan di seluruh negara.
Manakala Ketua Pegawai Eksekutif Cycle & Carriage Malaysia, Adrian Short menambah Kia merupakan penambahan yang kukuh kepada portfolio Cycle & Carriage.
Pada masa sama beliau berharap untuk memanfaatkan kepakaran automotif serta kecemerlangan jualan, selepas jualan dan perkhidmatan bertumpukan pelanggan Cycle & Carriage untuk memperluas capaian pasaran Kia.

Kerjasama antara Kia Sales Malaysia dan Cycle & Carriage menyatukan dua kekuatan utama dalam landskap automotif Malaysia, menawarkan pelanggan Kia titik sentuh jualan yang dipertingkatkan, sokongan selepas jualan yang lebih baik, dan pengalaman pemilikan yang diangkat ke tahap lebih tinggi selaras dengan piawaian global terkini Kia.
Untuk pertanyaan jualan, servis, atau bantuan tepi jalan 24 jam, pelanggan boleh menghubungi Sokongan Pelanggan Kia Sales Malaysia di talian 1300 88 0133 atau e-mel ke [email protected] untuk maklumat lanjut.