Ketua jurulatih pasukan kebangsaan, Kim Pan-gon mengakui terdapat kekurangan dalam barisan pemain menjelang perlawanan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Oman pada 21 dan 26 Mac ini.

Menurut Pan-gon, keadaan berbeza ketika ini berbanding ketika pasukan negara berjaya mengikat Korea dengan keputusan 3-3 dalam temasya Piala Asia 2023 dan meminta peminat agar tidak memberikan kritikan melampau terhadap pasukan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Kita tidak tahu apa yang bakal berlaku. Keadaan berbeza ketika ini kerana kami agak ketinggalan dari sudut kecergasan pemain dan minit permainan kerana liga (Liga Malaysia) hanya bermula pada Mei.

Kim Pan-gon
Sumber Gambar: FAM

“Sangat penting supaya semua (peminat dan pemerhati) bersatu kerana sasaran kita sekarang berbeza untuk layak ke Piala Asia setiap empat tahun,” katanya dipetik dari laporan Harian Metro.

Permulaan liga yang lambat nyata menjadi kebimbangan bagi peminat bola sepak tanah air dimana tiada aksi kompetitif yang disertai oleh pemain dimana mereka banyak bergantung kepada perlawanan pra musim selain sesi latihan.

Bagi panggilan kali ini, Kim Pan-gon memanggil seramai 33 pemain bagi menyertai kem latihan pusat dimana 21 pemain adalah dari skuad yang dibawa ke Piala Asia 2023.

Baki 12 pemain adalah pemain yang tidak tersenarai dalam skuad Piala Asia 2023 dan pemain yang dimaksudkan ialah Suhaimi Husin, Azam Azmi Murad dan Safwan Mazlan(Terengganu FC), Sharul Nazeem Zulpakar, Harith Haiqal Adam Afkar, Mukhairi Ajmal Mahadi, Nooa Laine, Ahmad Zikri Khalili, Ruventhiran dan Aliff Izwan Yuslan dari Selangor.

Manakala Haqimi Azim Rosli dari Kuala Lumpur City FC dan pemain baharu Sri Pahang FC, T. Saravanan turut dipanggil.